Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah membentangkan
Bajet 2023 pada jumaat yang lalu.
Didalam pembentangan beliau, terdapat banyak
bantuan-bantuan yang baru diperkenalkan begitu jugak bantuan yang sedia ada
namun telah ditambah baik.
Seperti Bantuan Keluarga Malaysia, Bantuan Awal
Persekolahan dan yang lain-lain. Boleh dikatakan kerajaan mengeluarkan banyak
dana dari sebelum ini untuk membantu rakyak pada tahun 2023 kelak.
Ini termasuklah bantuan e-Tunai e-Pemula yang
dilaksanakan dibawah Bajet 2023 yang mana kerajaan bersetuju untuk meneruskan
bantuan itu sebelum ini.
Melalui inisiatif e-Pemula M40 akan dilaksanakan
dengan tawaran kredit e-dompet sebanyak RM100 kepada kumpulan M40 yang
berpendapatan tahunan bawah RM100,000.
Susulan itu, seramai lapan juta individu layak
menuntut kredit ini dengan peruntukkan disediakan RM800 juta.
Syarat Kelayakan Bantuan e-Pemula
Berikut adalah syarat kelayakan bantuan ini:
·
Bantuan ini diberikan kepada golongan belia berumur
18-20 tahun
·
Menuntut di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)
·
Menuntut di Insititusi Pendidikan Tinggi Swasta
(IPTS)
Cara Menebus Bantuan e-Pemula
Penebusan e-Pemula boleh dibuat melalui aplikasi
perkhidmatan e-tunai seperti:
·
BigPay
·
GrabPay
·
ShopeePay
·
Touch ‘n Go eWallet
Setiap penebus hanya boleh membuat penebusan di
sebuah aplikasi perkhidmatan e-tunai sahaja.
Kerajaan juga akan meneruskan Pakej Remaja Keluarga
Malaysia, dimana ianya dapat membantu belia mendapatkan pakej prabayar dengan
tawaran langganan pelan data internet dengan hanya RM30 untuk tempoh tiga
bulan.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Bajet 2023 boleh rujuk Laman
Khas Bajet 2023.