Seperti yang kita sedia maklum, terdapat banyak
bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan untuk membantu segenap lapisan
masyarakat dinegara ini, terutamanya pelajar yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan.
Itu adalah tujuan utama bantuan ini, iaitu Bantuan
Kewangan Asasi yang diberikan kepada pelajar yang datang dari keluarga B40 dan
juga M40, supaya dapat membantu golongan ini melanjutkan pelajaran ke peringkat
kertinggi.
Berikut adalah maklumat lanjut Bantuan Kewangan
Asasi:
Kadar Bantuan
Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar
yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan
keluarga dari kelompok B40 dan M40.
Pelajar akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM
3,920 setahun/sepanjang tempoh pengajian.
Pecahan kepada bantuan kewangan sebanyak RM3,920.00
adalah seperti berikut:
·
Elaun Wang Saku : RM 2,500.00 setahun
·
Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan : RM1,420.00
setahun
·
Tambang penerbangan sekali (pergi dan balik untuk
pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan atau sebaliknya).
Syarat-syarat Bantuan Asasi
·
Pemohon adalah warganegara Malaysia;
·
Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar
yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga
dari kelompok B40 dan M40;
·
Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan
menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya;
·
Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh
Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Cara Memohon
Jika anda memenuhi syarat kelayakan, permohonan
bantuan ini anda boleh mukakan secara dalam talian melalui Portal Rasmi
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM.
Pemohon juga perlu menyemak dan mencetak sendiri
dokumen tawaran seperti berikut:
·
Surat tawaran;
·
Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh
difotokopi);
·
Borang penyata kewangan penjamin;
·
Panduan mengisi borang perjanjian;
·
Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah
diserahkan semasa hari pendaftaran;
·
Tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat
melalui pihak pentadbir UA masing-masing pada setiap semester.
Pemohonan perlu dihantar melalui Pejabat Pendaftar UA
masing-masing dan tidak boleh dikemukakan terus kepada pihak KPM.
Maklumat lebih lanjut anda boleh dilihat di Portal
Rasmi KPM – DI SINI.