Mohon Bantuan AM RM350 sebulan, semak kelayakan anda
di sini. Kerajaan dibawah kementerian kewangan memperkenalkan pakej bantuan AM
bagi mereka yang layak.
Usaha ini dibuat untuk membantu rakyat yang tidak
berkemampuan. Butiranya seperti dibawah :-
Apakah itu Bantuan Am?
Kadar bayaran Bantuan Am : RM100 sebulan seorang;
maksimum RM350 sebulan sekeluarga
Bantuan Am adalah bertujuan untuk membantu menampung perbelanjaan
harian individu atau keluarga
Siapakah yang layak untuk memohon Bantuan Am?
·
Warganegara yang bermastautin di Malaysia;
·
Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
1.
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
2. PGK
purata miskin per kapita semasa;
Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang
tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain; ATAU
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak
dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
Bagaimanakah cara untuk memohon Bantuan Am?
Setiap pemohon perlu melengkapkan Borang Permohonan
Bantuan (JKM 18)
·
Borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) – Muat Turun
·
Borang JKM 20 (Borang Kaji Semula Bantuan) – Muat Turun
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta
membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah /
Jajahan / Bahagian seperti:
1. Salinan
Kad Pengenalan diri pemohon
2. Salinan
Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
3. Salinan
sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
4. Salinan
penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di
peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh
negara.
1. Setiap
permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian
(means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon
2. Urusan
ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada
kelayakan dan bukan hak.