Menarik Cara Mereka Ajar Kanak-kanak Macam Ni, Elak Dari Diculik

PELUANG KERJAYA
0



Kes dakwaan cubaan culik membabitkan murid sekolah menjadi topik paling hangat diperkatakan di media sosial sejak akhir-akhir ini.

 

Dakwaan ini bukan sahaja berlaku di satu tempat, malah kes tersebut dilaporkan terjadi sejak bulan September sehingga kini di beberapa negeri seperti di Pahang, Kelantan, Perak, Kedah dan Selangor.

 

Pelbagai kisah penculikan dikongsi netizen di media sosial sehingga menimbulkan keresahan banyak pihak terutamanya ibu bapa dan sekolah.

 

Bagaimanapun, bukan semua kisah yang dikongsi benar-benar terjadi dan kesahihannya masih menjadi persoalan, terdapat juga beberapa kes telah disahkan palsu oleh pihak berkuasa.

 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga menasihatkan orang ramai tidak mudah percaya dan menyebarkan berita tidak berasas serta tidak ditentukan kesahihannya.

 

Individu yang dikesan menyebarkan sebarang berita palsu, boleh disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

 

Oleh itu, pihak sekolah rendah terutamanya pra-sekolah perlu mengambil tanggungjawap untuk mendidik kanak-kanak ini dan memberi kesedaran tntang cara untuk mengenal pasti modus penculikan kanak-kanak.

 

Seperti yang dilakukan oleh salah sebuah sekolah ini, mereka dilihat berjaya mendidik kanak-kanak ini dengan cara mereka yang tersendiri.

@nshyafira

♬ original sound - ns🤍

 

Sangat unik cara mereka memberi kesedaran kepada Kanak-kanak tersebut, ianya jugak dilihat berhasil membuat Kanak-kanak ini belajar untuk tidak percaya dengan orang asing.

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !