Tarikh Kemaskini Info Maklumat BKM Fasa3 kini dibuka
bermula pada minggu ini sehingga 30 Ogos 2022.
Kemaskini maklumat Permohonan BKM 2022 adalah untuk
membolehkan Permohonan BKM 2022 yang berstatus Lulus mengemaskini maklumat asas
seperti maklumat berikut:Nombor telefon rumah.
Kemaskini Maklumat BKM Fasa3 ini adalah untuk
penerima yang telah lulus status dan tidak membuat sebarang rayuan BKM.
*Terhad kepada akaun bank pemohon sekiranya status
pembayaran BKM 2022 adalah Gagal Kredit atau Tunai sahaja.
·
Nombor Telefon Bimbit
·
Alamat emel
·
Nama dan Nombor Akaun Bank*
·
Maklumat Perwakilan
Info Maklumat BKM Fasa 3
Tarikh kemaskini Maklumat BKM Fasa 3 dibuka mulai 10
Ogos 2022 sehingga 30 Ogos 2022.
Selain itu, kemaskini untuk fasa seterusnya akan
diumumkan dari semasa ke semasa.
LHDN telah mengumumkan tarikh penerima Bantuan
Keluarga Malaysia BKM untuk mengemaskini bagi fasa 3.
Diingatkan sekali lagi, Kemas kini maklumat ini
adalah untuk penerima yang telah lulus status dan tidak membuat sebarang rayuan
BKM.
Cara Kemaskini
Kemaskini Maklumat BKM Fasa3 peribadi anda di BKM
boleh dibuat di pautan rasmi semakan BKM. Klik sini untuk Layari
https://bkm.hasil.gov.my/.
Tekan Log Masuk danTekan Kemaskini Permohonan.
Masukkan No. MyKad dan tekan Semak.
Isikan semua maklumat bertanda *, Isi Kod Captcha dan
klik Sahkan Captcha dan Tandakan Perakuan Pemohon Berkenaan.
Tekan butang Hantar bagi meneruskan permohonan.
Setelah permohonan berjaya dihantar, klik butang Cetak untuk simpan rekod
permohonan.
Klik sini untuk Layari https://bkm.hasil.gov.my/.
Maklumat Tambahan
Permohonan kemas kini maklumat asas BKM juga dibuka
secara manual di cawangan LHDN berdekatan.
Sila download borang kemas kini maklumat permohonan
BKM dan bawa ke cawangan LHDN untuk proses selanjutnya.
Layari Hotline BKK LHDNM : 1800 88 2747 Hotline BKK
MoF : 03 8882 4565. Atau Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM di e-Mel :
bkm@treasury.gov.my.