Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
menyampaikan perutusan khas di Bangunan Putra Perdana , Putrajaya hari ini.
Dengan ini dimaklumkan, bahawa tengah hari semalam,
PM telah menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan
menyembah warkah permintaan kepada Baginda, mengenai pembubaran Parlimen Ke-14.
Selaras dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2)
Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong, telah bertindak menurut budi bicara Baginda dengan
memperkenankan permintaan PM, supaya Parlimen Ke14 dibubarkan pada hari ini,
Isnin 10 Oktober 2022.
PM mengesyorkan Ketua-ketua Kerajaan Negeri kecuali
Kerajaan Negeri Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor supaya mengambil tindakan
sewajarnya, bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada
tarikh yang sama dengan Pilihan Raya Umum Peringkat Parlimen, meskipun beberapa
buah negeri telah memutuskan untuk tidak membubarkan DUN masingmasing.
Ia wajar dilaksanakan serentak bagi memastikan rakyat
tidak terbeban, selain kelancaran proses demokrasi serta menjimatkan kos.
Penetapan tarikh-tarikh hari penamaan calon, dan hari
mengundi serta urusan-urusan lain yang berkaitan, adalah tertakluk kepada
keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Dengan pengumuman ini, mandat akan dipulangkan kepada
rakyat. Mandat rakyat adalah penawar ampuh bagi negara menzahirkan kestabilan
politik dan mewujudkan Kerajaan teguh, stabil serta dihormati selepas PRU15.
Proses ini berlandaskan sistem Demokrasi Berparlimen
dan Raja Berperlembagaan sebagai pasak pemerintahan, sejak negara mencapai
kemerdekaan.
Pembubaran ini dilaksanakan bagi menoktahkan
suarasuara yang selama ini meratib keabsahan Kerajaan, Kerajaan pintu belakang
dan Kerajaan tebuk atap.
Semoga rakyat menggunakan kuasa yang ada pada mereka,
untuk memilih kerajaan yang mampu meneruskan pelaksanaan Bajet Keluarga
Malaysia 2023, mengekalkan kestabilan politik, memulih dan mengukuh ekonomi
serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan Keluarga Malaysia yang berbilang
agama, kaum dan etnik.
-PM Ismail Sabri