Ini Adalah Cara Membuat Pengeluaran KWSP Secara Online Sebelum Umur 55 Tahun

PELUANG KERJAYA
0

Hampir kesemua pencarum KWSP sangat menuntut untuk Pengeluaran Khas KWSP 2.0 telah dilaksanakan secepat mungkin. Mungkin ada yang setuju dan ada juga yang menolaknya. Malah, ia terpulang kepada individu masing-masing.

 

Para pencarum masih berpeluang untuk membuat pengeluaran KWSP melalui akaun 2 untuk tujuan peribadi yang memang dibenarkan sejak masa lalu lagi sebelum berumur 55 tahun.

 

Berikut adalah jenis pengeluaran yang dibenarkan yang menggunakan wang simpanan akaun 2 KWSP.

 

1) Pengeluaran Untuk Pendidikan

 

Terbuka pada yang ingin menyambung pengajian ke peringkat pengajian tinggi yang perlu membayar yuran untuk menikmati kemudahan universiti atau kolej.KWSP akan memberikan pilih dan kemudahan pengeluaran untuk menampung pembayaran yuran anak anda.

 

SYARAT KELAYAKAN DAN MAKLUMAT LANJUT

 

2) Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah

 

Kemudian, pihak KWSP turut memberikan kemudahan kepada ahlinya untuk memiliki rumah pertama sendiri sama ada melalui pembinaan rumah sendiri, rumah lelong dan juga seperti rumah subsale atau beli melalui rumah mesra rakyat yang disediakan oleh pihak kerajaan.

 

SYARAT KELAYAKAN DAN MAKLUMAT LANJUT

 

3) Pembayaran Rawatan Perubatan

 

Sekiranya korang sedang menghadapi masalah kesihatan melibatkan 36 penyakit kritikal, anda boleh membuat pengeluaran menggunakan akaun 2 bagi menampung kos perubatan dan alat kesihatan.

 

SYARAT KELAYAKAN DAN MAKLUMAT LANJUT

 

4) Pembayaran Ibadah Haji

 

Untuk mengurangkan bebanan anda perlu juga untuk menunaikan haji, duit daripada akaun anda boleh dikeluarkan dengan membuat permohonan pengeluaran KWSP i-Akaun untuk perbelanjaan haji dan tujuan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji.

 

SYARAT KELAYAKAN DAN MAKLUMAT LANJUT

 

Cara Membuat Pengeluaran

 

Kepada mereka yang ingin membuat pengeluaran bagi tujuan-tujuan yang diatas, ia boleh dilaksanakan secara Online melalui sistem e-Pengeluaran KWSP caranya adalah seperti dibawah:

 

1.      Log Masuk di Portal i-Akaun (Ahli) KWSP;

2.     Lakukan e-Pengesahan Identiti;

3.     Pilih menu Pengeluaran;

4.     Pilih Permohonan Baru;

5.     Pilih jenis-jenis pengeluaran;

6.     Isi maklumat yang diminta.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !