i-Saraan merupakan caruman sukarela dengan Insentif
Persaraan (i-Saraan) membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan golongan yang
tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman secara sukarela untuk tujuan
persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan sebagai insentif
daripada pihak kerajaan.
Diantara Insentif yang akan diterima adalah, ahli
yang berumur di bawah 60 tahun akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15%
daripada jumlah caruman, tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM250/setahun.
Selain itu, antara faedah lain i-Saraan juga adalah
menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka
yang tiada pendapatan tetap. Anda juga boleh mencarum pada apa-apa amaun, pada
bila-bila masa mengikut kemampuan kewangan masing-masing. Menikmati dividen
tahunan di atas simpanan persaraan, mendapat pelepasan cukai pendapatan dan
juga bantuan Kematian RM2,500.
Siapakah yang layak untuk memohon i-Saraan?
Berikut adalah mereka yang layak untuk memohon
i-Saraan:
·
Warganegara Malaysia
·
Berumur di bawah 60 tahun
·
Orang yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada
pendapatan tetap
·
Orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang
mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja
·
Orang yang tiada pendapatan tetap, termasuk suri
rumah
·
Ahli KWSP
·
Telah membuat pilihan i-Saraan
Cara Memohon i-Saraan
Kepada mereka yang ingin membuat pendaftaran
i-Saraan, anda perlu membawa borang tersebut ke mana-mana kaunter KWSP yang
berdekatan,
·
Borang i-Saraan KWSP 16G(M)
·
Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)
Anda juga boleh membuat pendaftaran secara online di:
Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan
internet (Penggunaan borang tidak diperlukan). Minimum pembayaran adalah tiada
had manakala Maksimum pembayaran adalah RM 60,000 setahun untuk semua pencarum.