Harga Minyak Masak Botol Turun Lagi

Harga Minyak Masak Botol Turun Lagi

PUTRAJAYA: Harga minyak masak tulen kemasan botol lima kilogram (5kg) sekali lagi diturunkan menjadi RM31.50 di seluruh negara berkuat kuasa Sabtu ini hingga 7 November depan.

Menteri Perdagangan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata penetapan harga baharu itu selari dengan pola penurunan harga purata minyak masak mentah (CPO) pada September lalu.

Katanya, penurunan harga minyak masak itu adalah komitmen kerajaan untuk membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup dan menangani isu kenaikan harga minyak masak sawit tulen.

Ini kali kedua harga minyak masak botol 5 kg diturunkan sejak pelaksanaan harga maksimum minyak berkenaan secara bulanan berdasarkan harga bagi satu tan metrik CPO.

Sebelum ini, harga minyak masak botol 5 kg diturunkan kepada RM33.50 berbanding RM34.70 untuk tempoh pelaksanaan antara 8 September hingga 7 Oktober.

Mengulas penetapan harga baharu itu, selain minyak masak botol 5kg yang diturunkan RM2, harga minyak masak botol 3 kg diturunkan RM1.20 iaitu daripada RM21.10 kepada RM19.90.

Untuk kemasan botol 2 kg pula, harga minyak masak tulen turun daripada RM14.30 kepada RM13.50, manakala untuk botol 1 kg turun daripada RM7.50 kepada RM7.10.

"Diharapkan penetapan harga baharu bagi minyak masak tulen kemasan botol berupaya memberi manfaat kepada Keluarga Malaysia," katanya melalui kenyataan di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan KPDNHEP turut menggalakkan pengguna menjadi 'mata dan telinga' kepada kerajaan untuk menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang di bawah bidang kuasa KPDNHEP.

Katanya, ini termasuklah penyiaran maklumat berkaitan harga runcit minyak masak sawit tulen di pasaran secara rasmi melalui saluran disediakan.

Sebarang maklumat boleh disalurkan menerusi portal e-aduan KPDNHEP atau dengan menghubungi talian 1-800-886-800, atau emel kepada e-aduan@kpdnhep.gov.my, Ez ADU KPDNHEP serta menghubungi Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03 8882 6088/6245 atau membuat aduan di aplikasi WhatsApp di talian 019- 279 4317 atau 019-848 8000. - BeritaHarian
!-- iklan tengah postingan -->

Load comments