PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan
19 November 2022 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Sementara itu, tarikh penamaan calon dan pengundian
awal masing-masing ditetapkan pada 5 dan 15 November 2022.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh ketika
mengumumkan tarikh-tarikh penting itu berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan
Undangan Negeri (DUN) N66 Bugaya, Sabah akan turut diadakan serentak dengan
PRU15.
Berdasarkan tarikh-tarikh yang diumumkan, tempoh
berkempen akan berlangsung selama 14 hari bermula selepas hari penamaan calon
pada 5 Nov.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar PRU15 di
Menara SPR, di sini pada Khamis.
Bagaimanakah Cara Semak Tempat Mengundi?
Dibawah kami sediakan 3 cara semak tempat mengundi
untuk rujukan anda, sila rujuk cara-cara tersebut:
1. Portal MySPR
1. Layari laman
portal MySPRSemak
2. Klik pada
pilihan SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
3. Masukkan
nombor kad pengenalan / no. perkhidmatan tentera / no. perkhidmatan polis.
4. Masukkan
aksara captcha
5. Semak maklumat
peribadi dan kawasan pendaftaran anda seperti nama penuh, nombor kad
pengenalan, tarikh lahir, jantina, daerah mengundi, DUN, Parlimen dan negeri.
2. Aplikasi MySPR Semak
Muat turun aplikasi MySPR Semak seperti berikut:
1. Apple Store: https://apps.apple.com/my/app/myspr-semak/id1262263101
2. Google Play: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mysprsemak.spr&hl=id&gl=US
·
Isikan nombor kad pengenalan
·
Masukkan aksara captcha
·
Semak maklumat peribadi dan kawasan pendaftaran anda
seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, jantina, daerah
mengundi, DUN, Parlimen dan negeri.
3. Hotline SPR
Hubungi talian hotline SPR 03-88927018 untuk semakan
melalui talian telefon.
Info Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi
hotline SPR di talian +603-8892 pada waktu pejabat atau boleh layari laman
sesawang https://www.spr.gov.my