Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai bantuan telah
dilancarkan bagi meringankan beban rakyat yang amat memerlukan. Bagi mereka
yang telepas pandang, Pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar telahpun
melancarkan Program Perumahan Rakyat Termiskin atau lebih dikenali dengan nama
PPRT.
Program ini lebih memfokuskan kepada mereka dalam
kelompok B40 yang ingin membina rumah baru atau membaik pulih rumah untuk
diduduki dan memerlukan bantuan.
Apa Itu PPRT
Tujuan utama Program Perumahan Rakyat Termiskin
(PPRT) diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti kehidupan keluarga miskin dan
miskin tegar dengan cara membaik pulih atau membina rumah baru bagi menyediakan
tempat kediaman yang lebih selesa dan selamat sebagai asas pertumbuhan sesebuah
keluarga.
Golongan Layak PPRT
Permohonan bantuan PPRT lebih diberi keutamaan kepada
golongan seperti berikut:
·
Orang Kelaina Upaya – OKU
·
Mangsa bencana alam yang berskala kecil
·
Warga Emas
·
Bapa atau Ibu Tunggal yang mempunyai tanggungan
keluarga yang ramai
·
Keutamaan perlaksanaan Program ini adalah kepada daerah
dan negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi.
Kategori-kategori PPRT
Program PPRT terdapat 2 kategori disediakan seperti
berikut :
1) Baik Pulih
a) Kepada baik pulih rumah melibatkan 3 elemen
penting
·
Penambah baikan
·
Penyelenggaraan
·
Requisition
b) Syarat program bantuan baik pulih rumah
·
Bantuan akan diberikan kepada individu yang mempunyai
rumah yang usang atau kerosakan disebabkan oleh bencana dan masih boleh untuk
di perbaiki.
·
Mendapat surat kebenaran bagi kes menumpang tapak
tanah dari pemilik.
2) Bina Baru
Bantuan pembinaan rumah baru akan diberikan kepada
individu yang tidak mempunyai rumah sendiri atau rumah yang didiami sekarang
terlalu usang dan tidak selamat untuk didiami.
Cara Mohon PPRT 2022
Jika anda memenuhi syarat kelayakan dan ingin membuat
permohonan , di bawah telah disediakan cara permohonan Bantuan Rumah PPRT :
Sila sediakan maklumat berkaitan pemilikan harta / tanah,
pendapatan, gambar Kad Pengenalan (depan dan belakang) dan gambar rumah semasa
(sekiranya ada) sebelum menghantar permohonan.
MUAT TURUN BORANG >> KLIK DISINI
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut
berkenaan Program Rumah PPRT , anda boleh hubungi Pihak berkaitan seperti
berikut :
Talian Khas : 03 8000 8000
E-mel : info@ruralink.gov.my