Mugkin ini adalah peluang terakhir untuk kita
mendapatkan duit untuk menampung kos sara hidup yang kian meningkat.
Ramai yang mengeluh akibat harga barang yang
meningkat, ada yang kehilangan rumah tempat berteduh akibat sewa rumah yang
tertunggak, ada juga yang terpaksa di berhentikan kerja akibat majikan yang
ingain mengurangkan kos perbelanjaan.
Kerajaan Setuju Pertimbang Pengeluaran Khas KWSP 2.0
Timbalan Menteri Kewangan ll, YB Tuan Mohd Shahar Bin
Abdullah baru-baru ini dalam Dewan Rakyat telah menyatakan bahawa Kerajaan
bersetuju untuk mempertimbangkan Pengeluaran KWSP 2.0.
Beliau berkata, semua input-input berkaitan bagaimana
untuk kerajaan perhebat dan pertingkatkan nilai simpanan KWSP sedang dikaji
rapi dan sudah pasti KWSP 2.0 juga adalah antara salah satu perkara yang sedang
kerajaan pertimbangkan pada masa sekarang.
“Hal ini kerana, banyak lagi strategi yang Kerajaan
akan gunakan untuk pastikan KWSP menjadi insurans pada mereka yang bekerja.”
Dan paling penting katanya, Kerajaan sekarang sedang
teliti menangani masalah bagaimana peluang pekerjaan di pasaran, kadar gaji
minimum diberikan kepada majikan dan seterusnya kerajaan juga mahu bantu buka
saja sektor formal atau tidak formal supaya kadar kesedaran perancangan pasaran
dan celik kewangan rakyat Malaysia dapat Kerajaan optimumkan sebaiknya.
Sign Petition Pengeluaran Khas KWSP 2.0 Tanda Setuju
Oleh itu, ramai yang bersetuju untuk mengisi petition
untuk pengeluaran khas KWSP 2.0 ini.
Sign Disini
Cara Semak Baki Akaun 1 KWSP
Berikut adalah merupakan cara untuk anda melakukan
semakan baki akaun 1 KWSP milik anda:
1. Sila Log Masuk
ke i-Akaun di laman https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
2. Selepas login
dengan kata laluan baru, anda boleh terus melakukan semakan pada penyata anda.
3. Untuk membuat
semakan baki Akaun-1 KWSP, sila terus klik pada pautan ‘Penyata Tahun Semasa /
Tahun Sebelumnya’
4. Baki simpanan
Akaun-1 dan Akaun-2 KWSP anda akan dipaparkan.
5. Anda boleh
cetak sekiranya dirasakan perlu.
Adakah Kita Perlukan Pengeluaran KWSP 2.0?
Banyak perkara memerlukan duit zaman ni. Siapa yang
nak tolak peluang ni. Ini ialah sebuah usaha yang baik jika kita mahu menambah
wang belanja .Namun kita berfikir secara masak-masak sebelum membuat keputusan.
Sekirannya anda masih belum habiskan RM10, 000 dari
pengeluaran sebelum ini tak usahlah mengharapkan pengeluaran KWSP 2.0 pula.