Isu hutang bukanlah perkara yang mudah untuk
diselesaikan, lebih-lebih lagi ketika si peminjam yang janis liat nak bayar
hutang.
Sudah cukup baik hati kita nak bagi pinjam dengan
harapan si peminjam membayar balik hutangnya pada masa yang dijanjikan.
Namun sebaliknya yang berlaku, oleh itu ini adalah
cara-cara untuk memgutup hutang melalui prosidur cara kutip hutang melalui
mahkamah.
Contoh situasi:
Pada 2 tahun yang lepas, Faizal ada meminjamkan duit
sebanyak RM 4,500 kepada Saiful yang memerlukan duit bagi memulakan perniagaan.
Saiful berjanji kepada Faizal bahawa duit tersebut
akan dibayar dalam masa 6 bulan. Namun, sehingga sekarang, Saiful masih belum
bayar balik hutang sebanyak RM 4,500 tersebut kepada Faizal.
Apa yang Faizal boleh lakukan untuk menuntut kembali
hutang sebanyak RM 4,500 daripada Saiful?
Sebelum itu, apakah contoh-contoh kes yang boleh
dibawa dalam Saman Tuntutan Kecil?
·
Kes Hutang
·
Kes tunggakan sewa
·
Kes tuntutan gantirugi barang rosak
·
Kes tunggakan gaji yang tak dibayar
·
Kes tuntutan perkhidmatan/kerja-kerja yang dah dibuat
tetapi tak dibayar
Ingat ya, yang penting jumlahnya tidak boleh melebihi
RM 5,000. Kalau lebih, kena bawa ke mahkamah sivil biasa.
PROSEDUR SAMAN TUNTUTAN KECIL
1. Pergi ke Mahkamah Majistret terdekat dan terus ke
Bahagian Tuntutan Kecil.
Ambil borang 198 iaitu Writ Saman dan Pernyataan
Tuntutan. Borang ini percuma sahaja.
Lengkapkan Borang 198 seperti berikut:
Isi nama Plaintif (orang yang buat tuntutan), nombor
kad pengenalan dan alamat.
·
Isi nama Defendan dan alamat terakhir Defendan yang
diketahui.
·
Isi jumlah tuntutan dengan tepat (tak boleh lebih RM
5,000)
·
Nyatakan tarikh bila dan cerita bagaimana tuntutan
boleh bermula
·
Tandatangan Borang 198
·
Failkan 4 salinan Borang 198 di Kaunter tersebut (RM
20)
·
Setelah dicop, akan ada tarikh untuk Pendengaran.
2. Buat serahan Borang 198 kepada Defendan.
Cara serahan ada 2 iaitu:
·
Serahan tangan (sendiri ataupun boleh upah runner,
Lalamove etc.)
·
Pos berdaftar (simpan resit pengeposan sebagai bukti
serahan)
3. Kehadiran Defendan
Selepas dah buat serahan kepada Defendan sama ada
serahan tangan atau pos berdaftar, tunggu 14 hari untuk tengok sama ada
Defendan akan jawab atau tidak Borang 198 tersebut.
Berikut adalah contoh keadaan yang mungkin terjadi:
a) Defendan terima Borang 198 dan pertikaikan
Tuntutan Plaintif:
·
Defendan perlu failkan Borang 199 iaitu Pernyataan
Pembelaan dalam masa 14 hari dari tarikh serahan Borang 198 dan serahkan Borang
199 kepada Plaintif.
b) Defendan terima Borang 198 tapi tak failkan Borang
199 dalam masa 14 hari dari tarikh serahan:
·
Plaintif boleh failkan Borang 201 iaitu Penghakiman
Ingkar Pembelaan untuk dapatkan tuntutan terhadap Defendan termasuk kos
(biasanya RM100)
c) Defendan terima Borang 198 dan failkan Borang 199
tapi gagal hadir semasa Pendengaran:
·
Plaintif boleh failkan Borang 202 iaitu Penghakiman
untuk dapatkan tuntutan terhadap Defendan termasuk kos.
d) Defendan terima Borang 198 dan mengaku kepada
tuntutan Plaintif:
·
Plaintif boleh terus failkan Borang 204 untuk
dapatkan tuntutan jika Defendan mengaku dan tak pertikaikan tuntutan Plaintif.
e) Defendan terima Borang 198, hadir ke Pendengaran
dan kedua-dua Plaintif dan Defendan setuju untuk selesaikan tanpa masuk
Pendengaran:
·
Plaintif boleh failkan Borang 206 iaitu Penghakiman
Persetujuan dengan syarat masing-masing yang dipersetujui
4. Pendengaran di hadapan Majistret.
Jika dalam keadaan (a) di atas iaitu Defendan failkan
Pembelaan dan hadir ke Mahkamah untuk Pendengaran, maka Plaintif perlu bersedia
dan bawa dokumen-dokumen yang berkaitan dengan tuntutan. Contoh kalau kes
hutang boleh bawa salinan resit dan ‘screenshot’ whatsapp yang menunjukkan
memang ada hutang dan sebagainya.
5. Failkan penghakiman di Mahkamah Majistret.
Dalam Pendengaran, kalau Plaintif berjaya buktikan
tuntutan dan Majistret benarkan tuntutan terhadap Defendan, Plaintif boleh
failkan Borang 207 iaitu Penghakiman selepas Perbicaraan di Mahkamah dengan
bayaran RM20 dan perintahkan Defendan untuk bayar jumlah tuntutan termasuk kos.
Macam mana kalau selepas dapat Penghakiman pun,
Saiful masih taknak bayar kepada Faizal?
Kalau Saiful/Defendan masih gagal bayar jumlah
penghakiman, Plaintif boleh failkan Borang 208 untuk arahkan Defendan
(Penghutang Penghakiman) untuk hadir ke mahkamah supaya pelaksanaan penghakiman
boleh dijalankan.
Untuk pengetahuan anda, dalam Saman Tuntutan Kecil,
pihak-pihak tidak boleh diwakili oleh peguam melainkan pihak-pihak yang
terlibat adalah sebuah syarikat ataupun badan berkanun.
Walaupun tidak boleh diwakili peguam tetapi
pihak-pihak masih boleh mendapatkan konsultasi daripada mana-mana peguam
sebelum memulakan kes.
Semoga bermanfaat.