Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai
Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan
kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.
Tempoh permohonan Kemaskini Maklumat Asas bagi
penerima BKM 2022 yang tidak mengemukakan Permohonan Rayuan BKM adalah seperti
berikut:
·
Mulai 12 September 2022 sehingga 29 September 2022
·
Mulai 10 Oktober 2022 sehingga 30 Oktober 2022
*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa
Tindakan kemas kini maklumat yang dibenarkan adalah
seperti berikut :
·
Nombor Telefon Rumah.
·
Nombor Telefon Bimbit.
·
Alamat e-Mel.
·
Maklumat Wakil.
Penerima BKM 2022 yang telah mengemukakan Permohonan
Rayuan BKM boleh mengemaskini maklumat asas permohonan BKM 2022 mulai 10
Oktober 2022 (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa).
Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai pembayaran
BKM Fasa 4 iaitu pembayaran fasa terakhir Bantuan Keluarga Malaysia yang akan
diterima oleh setiap kategori termasuk rayuan.
Jumlah Bayaran BKM Fasa 4
Berapakah bayaran BKM Fasa 4 akan diterima bagi
setiap kategori?
Jumlah bayaran BKM Fasa 4 adalah seperti jadual
berikut :
i) Kategori Isi Rumah Kahwin – Pemohon berumur 59
tahun dan ke bawah
A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
0 anak : RM 300
1-2 anak : RM600
3 anak dan ke atas: RM900
B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
0 anak : RM100
1-2 anak : RM200
3 anak dan ke atas: RM300
ii) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60
tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)
A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
0 anak : RM 300
1-2 anak : RM600
3 anak dan ke atas: RM900
B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
0 anak : RM100
1-2 anak : RM200
3 anak dan ke atas: RM300
iii) Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal Mempunyai
Anak) – Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak RM500)
A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
1-2 anak : RM600
3 anak dan ke atas: RM900
B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
1-2 anak : RM200
3 anak dan ke atas: RM300
iv) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak
Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 Tahun dan ke bawah
Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: Tiada
v) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak
Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas : RM150
Seperti sebelum ini, bayaran akan dikreditkan terus
ke akaun bank penerima yang layak.
Jumlah BKM Fasa 4 Bagi Penerima Rayuan
Berikut adalah jumlah bayaran untuk Fasa 4 (Disember)
yang akan diterima oleh penerima rayuan yang telah lulus rayuan pada Fasa 3
hari tersebut.
Cashout di Kaunter BSN
Penerima tunai adalah individu yang:
·
Tiada akaun bank.
·
Gagal kredit.
Untuk pembayaran secara tunai ini, penerima perlu
membawa kad pengenalan semasa menghadiri Cawangan BSN.
Hanya wakil berdaftar sahaja dibenarkan mewakili
penerima untuk tunai BKM.
Pastikan anda telah menyemak status kelulusan sebelum
datang ke kaunter untuk menerima bayaran tunai BKM.
Rujuk kaedah semakan status melalui langkah di bawah.
Semakan Status
Bagi pemohon yang lulus dan yang telah membuat
permohonan rayuan atau kemaskini maklumat, berikut dikongsikan cara membuat
semakan status permohonan di laman web myBKM.
1) Sila rujuk langkah di bawah:
Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia
(BKM) di pautan ini : https://bkm.hasil.gov.my
2) Klik [LOG MASUK BKM].
3) Untuk makluman anda, jika anda sebelum ini merupakan penerima atau pernah memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) anda boleh semak menggunakan Kata Laluan Bantuan BPR.
4) Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di kotak
NO MYKAD/ID PENGGUNA.
5) Klik Menu [Semakan Status].
6) Maklumat Semakan BKM akan dipaparkan di ruangan
ini.
7) Status Permohonan anda akan dipaparkan di Semakan
Status.
8) Maklumat Pembayaran iaitu Jumlah Bayaran Bantuan
yang anda akan terima dan juga Tarikh Pembayaran atau Kredit ke akaun anda akan
dipaparkan apabila pihak LHDN selesai memproses maklumat pemohon.
9) Selesai.
Tarikh Bayaran BKM Fasa 4
Tarikh semakan status dan pengkreditan amaun akhir
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM Fasa 4) adalah pada Disember 2022.
Tarikh rasmi akan diumumkan oleh Perdana Menteri /
Menteri Kewangan dalam masa terdekat kelak.
Maklumat Lanjut Bantuan Keluarga Malaysia
Info lanjut & jumlah bayaran bagi setiap kategori
penerima :
– Hotline BKK LHDNM : 1800 88 2747
– Hotline BKK MoF : 03 8882 4565
– Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
– e-Mel : bkm@treasury.gov.my
– Laman web BKM: https://bkm.hasil.gov.my/
– Laman web Kementerian Kewangan Malaysia (MOF):
https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bkm.html