Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika
membentangkan Bajet 2023, berkata ia adalah kategori baharu bagi membantu
meringankan keluarga yang mempunyai ramai anak.
Bantuan tambahan RM500 kepada ibu atau bapa tunggal
yang mempunyai anak tanggungan diteruskan dan layak terima Bantuan Keluarga
Malaysia (BKM) maksimum RM3,000.
Oleh itu, sebanyak RM2,500 melalui Bantuan Keluarga
Malaysia (BKM) akan diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan kurang
RM2,500 dan mempunyai lima anak atau lebih.
Bagi keluarga yang mempunyai satu hingga empat anak
pula, BKM bernilai RM1,000 hingga RM2,000 akan diberikan.
"Kepada isi rumah yang berpendapatan RM2,500
hingga RM5,000, BKM antara RM500 hingga RM1,250 akan diberikan bergantung
kepada bilangan anak," katanya.
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2023)
i) Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500
sebulan
· RM2,500
: Lebih 5 Anak
· RM1,000
– RM2,000: 1 – 4 Anak
ii) Pendapatan Isi Rumah : RM2,500 – RM5,000
· RM500 –
RM1,250: 1 – 4 Anak (Bergantung bilangan anak)
iii) Warga Emas Tiada Pasangan & Bujang
· RM350 –
RM600 (Bergantung pendapatan)
iv) Ibu / bapa tunggal dinaikkan kepada RM3,000
berbanding RM2,500
·
Tambahan RM500
Tarikh Pembayaran
Tarikh pembayaran akan diumumkan dari semasa ke
semasa pada tahun hadapan. Untuk maklumat lanjut boleh layari pautan https://bkm.hasil.gov.my/
Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi talian
bagi setiap cawangan berdekat di pautan ini Senarai Nombor Telefon Cawangan
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Bajet 2023 boleh rujuk Laman Khas Bajet 2023.