Bantuan Sebanyak RM500 Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia: Bantuan tunai one-off disediakan kepada ibu isi rumah penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang lahirkan anak pada tahun 2023.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat hari ini.
Selain itu juga, bantuan tambahan RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan diteruskan dan layak terima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) maksimum RM3,000.
Kadar itu meningkat berbanding RM2,500 pada tahun ini.
Oleh itu, sebanyak RM2,500 melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan kurang RM2,500 dan mempunyai lima anak atau lebih.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2023, berkata ia adalah kategori baharu bagi membantu meringankan keluarga yang mempunyai ramai anak.
Bagi keluarga yang mempunyai satu hingga empat anak pula, BKM bernilai RM1,000 hingga RM2,000 akan diberikan.
"Kepada isi rumah yang berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000, BKM antara RM500 hingga RM1,250 akan diberikan bergantung kepada bilangan anak," katanya.