Bantuan tambahan RM500 kepada ibu atau bapa tunggal
yang mempunyai anak tanggungan diteruskan dan layak terima Bantuan Keluarga
Malaysia (BKM) maksimum RM3,000.
Kadar itu meningkat berbanding RM2,500 pada tahun
ini.
Oleh itu, sebanyak RM2,500 melalui Bantuan Keluarga
Malaysia (BKM) akan diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan kurang
RM2,500 dan mempunyai lima anak atau lebih.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku
Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2023, berkata ia adalah kategori baharu
bagi membantu meringankan keluarga yang mempunyai ramai anak.
Bagi keluarga yang mempunyai satu hingga empat anak
pula, BKM bernilai RM1,000 hingga RM2,000 akan diberikan.
"Kepada isi rumah yang berpendapatan RM2,500
hingga RM5,000, BKM antara RM500 hingga RM1,250 akan diberikan bergantung
kepada bilangan anak," katanya.