Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dinaikkan kepada
RM150 yang akan dibayar bermula Januari 2023.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku
Abdul Aziz berkata, bantuan itu dinaikkan berbanding RM100 tahun ini dan diberi
kepada semua murid tanpa had pendapatan ibu bapa.
@utusantvofficial #Bajet2023 Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan itu pertama kali diperkenalkan. #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp ♬ original sound - UtusanTV
“Sebagai contoh jika sebuah keluarga mempunyai tiga
anak bersekolah, maka mereka layak menerima bantuan RM450.
“Peruntukan disediakan untuk BAP ini adalah sebanyak
emberian bantuan ini membabitkan peruntukan RM825 juta, jauh melebihi tahun ini
RM450 juta,” katanya pada pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat di sini, hari
ini.
Selain itu juga, bantuan tambahan RM500 kepada ibu
atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan diteruskan dan layak terima
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) maksimum RM3,000.
Kadar itu meningkat berbanding RM2,500 pada tahun
ini.
Oleh itu, sebanyak RM2,500 melalui Bantuan Keluarga
Malaysia (BKM) akan diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan kurang
RM2,500 dan mempunyai lima anak atau lebih.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku
Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2023, berkata ia adalah kategori baharu
bagi membantu meringankan keluarga yang mempunyai ramai anak.
Bagi keluarga yang mempunyai satu hingga empat anak
pula, BKM bernilai RM1,000 hingga RM2,000 akan diberikan.
“Kepada isi rumah yang berpendapatan RM2,500 hingga
RM5,000, BKM antara RM500 hingga RM1,250 akan diberikan bergantung kepada
bilangan anak,” katanya.