Bantuan Sebanyak RM200 Untuk Anak Yang Sedang Bersekolah | Mohon Sekarang!

PELUANG KERJAYA
0

Pada masa-masa yang mencabar untuk rakyat ini, pihak Kerajaan datang dengan banyak jenis Insentif dan bantuan yang diperkenalkan untuk rakyat, daripada Kerajaan Negeri ataupun Persekutuan.


Lebih-lebih lagi untuk Kanak-kanak yang sedang bersekolah. Kerajaan amat mengambil berat gologan ini terutamanya yang dalam keadaan keluarga susah memerlukan bantuan.


Oleh itu, terkini Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan sebuah Insentif iaitu Sumbangan Pendidikan Zakat Kanak-Kanak Rendah & Menengah Selangor (ZPZAS Ren & Men).


Ikuti maklumat mengenai bantuan ini di bawah:


Apa itu Sumbangan Pendidikan Zakat Kanak-kanak (ZPZAS Ren & Men)?


SPZAS Sek. Ren & Men adalah bantuan zakat yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk membantu meringankan beban dalam menyara anak yang sedang bersekolah dalam gologan pertengahan iaitu B40 & M40, bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan.


Kadar Bantuan


Berikut adalah kadar sumbangan SPZAS Sek. Ren & Men:


  • Pra sekolah / Tadika- RM200.00 (per tanggungan)

  • Sekolah Rendah Kebangsaan - RM200.00 (per tanggungan)

  • Sekolah Rendah Agama - RM200.00 (per tanggungan)

  • Sekolah Menengah - RM200.00 (per tanggungan)


Syarat Kelayakan


Berikut adalah syarat kelayakan :


  • Beragama Islam

  • Warganegara Malaysia

  • Lahir dan menetap di negeri Selangor / bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada 3 tahun

  • Permohonan hanya untuk pra sekolah/tadika (5 & 6 tahun) hingga tingkatan 5 (sesi persekolahan 2022 sahaja)

  • Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi daripada Haddul Kifayah iaitu garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf, namun jumlah lebihan tersebut tidak melebihi nilai maksimum RM11,000


Dokumen yang diperlukan


Berikut enam (6) dokumen yang wajib dimuat naik (upload) oleh pemohon sewaktu permohonan dibuat. Dokumen tersebut adalah seperti berikut:


  • Kad pengenalan ketua keluarga

  • Kad pengenalan pasangan

  • *Borang A (Borang Pengesahan Bermastautin, Pendapatan Seisi Keluarga)

  • *Borang B (Borang Pengesahan Sekolah Rendah & Menengah SPZAS LZS (MAIS)

  • Penyata akaun bank ketua keluarga

  • Penyata / slip gaji ketua keluarga/pasangan dan tanggungan lain (sekiranya pendapatan melalui kerja bermajikan)


Pengesahan pendapatan atau slip gaji mestilah terkini iaitu dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh permohonan ini.


*Nota: Borang-borang ini boleh dimuat turun (download) di https://www.zakatselangor.com.my/spzasrm.


Cara Memohon


Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) sahaja. 


Sila layari portal: https://spzasrm.zakatselangor.com.my melalui laman web LZS di www.zakatselangor.com.my 

serta ikuti langkah-langkah permohonan.


Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !