Bantuan Kanak-kanak RM1,000 Sebulan, Mohon Sekarang Anda Pasti Layak!

PELUANG KERJAYA
0


Kerajaan Malaysia sentiasa mendahulukan rakyat, oleh itu, kerajaan telah sedaya upaya berusaha untuk meringankan beban rakyatnya dengan pelbagai bantuan untuk stiap lapisan masyarakat di Malaysia.

 

Kerajaan juga telah memperkenalkan bantuan jenis elaun yang akan diberikan secara bulanan kepada penerima yang layak untuk memperolehnya. Siapakah penerima yang layak tersebut?

 

Perhatian kepada semua ibubapa atau penjaga di Malaysia yang mempunyai anak jagaan yang berumur 18 tahun ke bawah, anda boleh memohon Bantuan Kanak-Kanak 2022 (BKK) sehingga RM1000 sebulan untuk satu keluarga.

 

Bantuan Kanak-kanak (BKK) 2022

 

Untuk makluman anda, Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2022 adalah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberikan khas untuk membantu keluarga, penjaga dan kanak-kanak untuk meneruskan kelangsungan hidup serta mendapat jagaan yang sempurna.

 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina binti Mohd Harun telah mengumumkan kenaikan jumlah bantuan sehingga RM1000 berbanding sebelum ini hanya RM450.

 

Syarat Kelayakan BKK 2022

 

·       Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.

·       Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.

·       Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja).

·       Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.

 

Berapakah Jumlah Bantuan Kanak-Kanak (BKK)?

 

Minimum bantuan kanak-kanak ialah sejumlah RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan  mengikut pecahan seperti  berikut :

 

·       RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;

·       RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan

·       Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan.


Cara Memohon BKK 2022

 

Berikut dikongsikan cara memohon BKK 2022 :

 

Secara Online :

 

Layari : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp

 

Secara Manual :

 

·       Cetak Borang Permohonan.

·       Cetak Borang Kemaskini sekiranya terdapat kemaskini baharu.

 

·       Bawa bersama dokumen berikut ketika hadir di pejabat JKM:

 

-      Salinan kad pengenalan diri pemohon

-      Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama

-      Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama

-      Salinan penyata gaji (jika ada)

-      Lain-lain dokumen yang berkaitan

 

Maklumat Lanjut

 

Jika terdapat sebarang permasalahan dan pertanyaan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi :

 

·       Jabatan Kebajikan Masyarakat di talian 03-8000 8000 atau anda boleh pergi ke

·       Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat di daerah anda.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !