Bantuan e-Wallet RM200, Syarat Kelayakan & Cara Mohon

PELUANG KERJAYA
0

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah membentangkan Bajet 2023 pada jumaat yang lalu.

 

Didalam pembentangan beliau, terdapat banyak bantuan-bantuan yang baru diperkenalkan begitu jugak bantuan yang sedia ada namun telah ditambah baik.

 

Seperti Bantuan Keluarga Malaysia, Bantuan Awal Persekolahan dan yang lain-lain. Boleh dikatakan kerajaan mengeluarkan banyak dana dari sebelum ini untuk membantu rakyak pada tahun 2023 kelak.

 

Ini termasuklah bantuan e-Tunai e-Pemula yang dilaksanakan dibawah Bajet 2023 yang mana kerajaan bersetuju untuk meneruskan bantuan itu sebelum ini.

 

Tambahan pula, pakej bantuan e-Pemula akan ditambahbaik dengan dinaikkan kepada RM200 berbanding RM150 sebelum ini.

 

Syarat Kelayakan Bantuan e-Wallet RM200

 

Berikut adalah syarat kelayakan bantuan ini:

 

·       Bantuan ini diberikan kepada golongan belia berumur 18-20 tahun

·       Menuntut di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)

·       Menuntut di Insititusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)

 

Cara Menebus Bantuan e-Wallet RM200

 

Penebusan e-Pemula boleh dibuat melalui aplikasi perkhidmatan e-tunai seperti:

 

·       BigPay

·       GrabPay

·       ShopeePay

·       Touch ‘n Go eWallet

 

Setiap penebus hanya boleh membuat penebusan di sebuah aplikasi perkhidmatan e-tunai sahaja.

 

Kerajaan juga akan meneruskan Pakej Remaja Keluarga Malaysia, dimana ianya dapat membantu belia mendapatkan pakej prabayar dengan tawaran langganan pelan data internet dengan hanya RM30 untuk tempoh tiga bulan.

 

Maklumat Lanjut

 

Maklumat lanjut mengenai Bajet 2023 boleh rujuk Laman Khas Bajet 2023.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !