Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku
Abdul Aziz telah membentangkan Bajet 2023 pada jumaat yang lalu.
Didalam pembentangan beliau, terdapat banyak
bantuan-bantuan yang baru diperkenalkan begitu jugak bantuan yang sedia ada
namun telah ditambah baik.
Seperti Bantuan Keluarga Malaysia, Bantuan Awal
Persekolahan dan yang lain-lain. Boleh dikatakan kerajaan mengeluarkan banyak
dana dari sebelum ini untuk membantu rakyak pada tahun 2023 kelak.
Ini termasuklah bantuan e-Tunai e-Pemula yang
dilaksanakan dibawah Bajet 2023 yang mana kerajaan bersetuju untuk meneruskan
bantuan itu sebelum ini.
Tambahan pula, pakej bantuan e-Pemula akan
ditambahbaik dengan dinaikkan kepada RM200 berbanding RM150 sebelum ini.
Syarat Kelayakan Bantuan e-Wallet RM200
Berikut adalah syarat kelayakan bantuan ini:
·
Bantuan ini diberikan kepada golongan belia berumur
18-20 tahun
·
Menuntut di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)
·
Menuntut di Insititusi Pendidikan Tinggi Swasta
(IPTS)
Cara Menebus Bantuan e-Wallet RM200
Penebusan e-Pemula boleh dibuat melalui aplikasi
perkhidmatan e-tunai seperti:
·
BigPay
·
GrabPay
·
ShopeePay
·
Touch ‘n Go eWallet
Setiap penebus hanya boleh membuat penebusan di
sebuah aplikasi perkhidmatan e-tunai sahaja.
Kerajaan juga akan meneruskan Pakej Remaja Keluarga
Malaysia, dimana ianya dapat membantu belia mendapatkan pakej prabayar dengan
tawaran langganan pelan data internet dengan hanya RM30 untuk tempoh tiga
bulan.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Bajet 2023 boleh rujuk Laman Khas Bajet 2023.