Di masa-masa yang mencabar untuk rakyat ini, pihak
Kerajaan telah memperkenalkan Insentif dan bantuan untuk rakyat dalam
pembentangan Bajet 2023 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku
Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat, 7 Oktober lalu.
Untuk membantu ibu bapa atau penjaga bagi meringankan
beban untuk menyara anak sekola, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk
meneruskan Bantuan Awal Persekolah (BAP) dengan jumlah yang dinaikkan kepada
RM150 berbanding RM100 sebelumnya.
Menurut, Tengku Zafrul Bantuan Kewangan yang
diberikan secara ‘one-off’ itu akan diberikan kepada semua murid tanpa mengira
had pendapatan ibu bapa. Untuk makluman sebelum ini, BAP hanya diberikan kepada
para murid yang pendapatan ibu bapanya RM3,000 ke bawah.
Dengan penambahbaikan tersebut, setiap anak yang
bersekolah layak menerima RM150 seorang. Jika sebuah keluarga itu mempunyai
tiga orang anak bersekolah, ini bermakna mereka layak menerima BAP sebanyak
RM450.
Pembayaran bantuan kewangan 'one-off' ini akan
dilaksana pada bulan Januari pada tahun hadapan dengan peruntukan sebanyak
RM825 juta.
Diharapkan, Bantuan Awal Persekolahan ini dapat
meringankan beban ibu bapa dan penjaga untuk menanggung perbelanjaan
persekolahan anak-anak.
Untuk maklumat lengkap berkenaan Bajet 2023 sila
rujuk di Portal Rasmi Bajet 2023 – DI SINI.