Di masa-masa yang mencabar untuk rakyat ini, pihak
Kerajaan telah memperkenalkan Insentif dan bantuan untuk rakyat dalam
pembentangan Bajet 2023 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku
Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat, 7 Oktober lalu.
Untuk membantu ibu bapa atau penjaga bagi meringankan
beban untuk menyara anak sekola, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk
meneruskan Bantuan Awal Persekolah (BAP).
Menurut, Tengku Zafrul Bantuan Kewangan yang
diberikan secara ‘one-off’ itu akan diberikan kepada semua murid tanpa mengira
had pendapatan ibu bapa. Untuk makluman sebelum ini, BAP hanya diberikan kepada
para murid yang pendapatan ibu bapanya RM3,000 ke bawah.
BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP)
Bantuan Awal Persekolahan mula diperkenalkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia pada tahun 2012, bantuan ini diberikan untuk meringankan
beban ibu bapa dan penjaga bagi persiapan persekolahan kanak-kanak yang
ditanggung mereka. Bantuan ini diberikan kepada murid sekolah rendah dan
menengah yang berkelayakan.
Kadar Bayaran BAP
Pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan
Bantuan Awal Persekolah (BAP) dengan jumlah yang dinaikkan kepada RM150
berbanding RM100 sebelumnya.
Jika sebuah keluarga itu mempunyai tiga orang anak
bersekolah, ini bermakna mereka layak menerima BAP sebanyak RM450.
Syarat Kelayakan BAP
Untuk BAP 2023, Bantuan Awal Persekolahan yang
diberikan secara ‘one-off’ ini akan diberikan kepada semua murid tanpa
mengira had pendapatan ibu bapa.
Untuk makluman sebelum ini, BAP hanya diberikan
kepada para murid yang pendapatan ibu bapanya RM3,000 ke bawah.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lengkap berkenaan Bajet 2023 sila
rujuk di Portal Rasmi Bajet 2023 – DI SINI.