PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan (MOF) telah
mengesahkan Bajet 2023 tetap akan dibentangkan pada Jumaat ini walaupun
terdapat sp3kulasi bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan
menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk memohon pembubaran Parlimen sebelum
Jumaat.
Perkara itu telah disahkan oleh jurucakap kementerian
Kewangan kepada pemberita pada Selasa.
"Iya," jawabnya ringkas.
Beliau berkata begitu sebagai respon portal berita
yang melaporkan bahawa pembangkang menjangkakan Ismail Sabri mengumumkan
pembubaran Parlimen pada hari Khamis sehari sebelum pembentangan bajet.
Namun begitu, Istana Negara menafikan laporan
mendakwa Ismail Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah
Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Isnin lalu untuk meminta Parlimen
dibubarkan segera.