Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Abdul
Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ) mendedahkan jumlah gaji yang
beliau berikan kepada pemain sayap muda negara iaitu Arif Aiman.
Menerusi laman media sosial Instagram Story miliknya, TMJ
menyatakan beliau hanya memberikan gaji sebanyak RM11,000 kepada Arif tahun
lalu dan meskipun gaji tersebut dianggap kecil, tetapi Arif masih mampu untuk
menampilkan prestasi terbaik mereka.
“Saya kenal setiap pemain, dari pasukan utama hingga ke
akademi. Saya juga yang membuat keputusan mengenai kontrak pemain. Tahukah anda
berapa gaji Arif Aiman tahun lepas? RM11,000 sahaja. Tetapi beliau bermain
dengan bersungguh-sungguh.
“Kenapa begitu? Kerana macam mana saya jaga setiap pemain.
Contoh bonus akan diberikan kepada setiap pemain yang memberikan 100 peratus
ketika sesi latihan dan perlawanan,” kata TMJ.
TMJ turut menambah beliau dan jurulatih akan menilai setiap
pemain baharu yang akan dibawa masuk sama ada pemain tersebut sesuai dengan
falsafah atau gaya permainan yang digunakan oleh kelab atau sebaliknya.
Sebelum ini, memberi bayangan bahawa pasukannya mungkin
membawa masuk salah seorang pemain ternama dari Argentina iaitu Papu Gomez.
TMJ berkata demikian menerusi laman media sosial Twitter
miliknya dimana baginda menyatakan beliau tidak pernah tahu pemain mana yang
akan dibawa masuk namun perancangan untuk memantapkan pasukan menjelang saingan
liga musim hadapan sudah dimulakan.
“Saya tak tahu. Mungkin Papu Gomez dari Sevilla. Perancangan
sudah dilakukan untuk memantapkan pasukan menjelang musim hadapan. Kita lihat,”
katanya.
TMJ turut berkongsi di laman Instagram Story miliknya yang
menunjukkan beliau sedang meluangkan masa bersama Gomez dalam satu acara polo
sekaligus memberi bayangan pemain berusia 34 tahun itu akan berseragam JDT pada
musim hadapan.
JDT pernah dibarisi oleh pemain terbaik dari Argentina
sebelum ini seperti Jorge Pereyra Diaz, Juan Martin Lucero, Luciano Figueroa
dan ketika ini Fernando Forestieri yang mencipta gandingan mantap bersama
Bergson.
Sumber: voketfc.com