Setiap bulan dapat bantuan miskin tegar dari Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) dan dikategori asnaf, tetapi tidak sangka ada yang
berperangai kaki judi dan mengambil kesempatan atas bantuan yang diberikan.
Seperti perkongsian seorang individu yang tidak didedahkan
identitinya di laman kumpulan Peguam Kebajikan, dia tertanya sama ada bantuan
yang disalurkan pihak kebajikan seperti zakat dan JKM ada membuat tapisan atau
tidak berhubung senarai penerima bantuan.
Ini kerana katanya, ada antara kenalannya yang bergelar
asnaf dan masih menerima bantuan miskin tegar dari JKM tetapi rupanya
berperangai kaki judi.
“Assalamualaikum, saya ada sedikit pertanyaan. Saya ni biasa
lepak dengan member-member flat minum petang atau malam. Masa lepak tu rajin
betul dia orang cerita bab nombor ekor (judi). Dah bertahun gak saya nasihat
tak juga dia orang berhenti main judi.
“Yang lebih peliknya, ada antara mereka yang mendapat
bantuan asnaf zakat dan bantuan miskin tegar JKM. Member tu member lah juga,
tapi kalau dah bertahun macam ni perangai, terfikir juga duit zakat yang orang
bayar, duit bantuan JKM ni memang untuk tolong orang macam ni ke?
“Bantuan ni tak ada tapisan ke? Tengok tak kaya pun, macam
pengemis je hidup masing-masing bila orang yang memerlukan minta bantuan
macam-macam pula alasan,” tulisnya.
Dalam pada itu ada yang menasihatkan agar nama penerima
bantuan itu dilaporkan pada pusat kebajikan yang menyalurkan bantuan.
Ada juga antara ahli group berkenaan tertanya bagaimana
individu kaki judi boleh mendapat bantuan sedangkan dia pernah membuat
permohonan untuk mendapatkan bantuan zakat kerana tiada makanan di rumah,
tetapi hanya diberikan RM100 untuk bertahan selama setahun.
“Macam mana dia orang boleh dapat bantuan zakat. Saya pergi
zakat mereka kata tidak layak. Pernah bulan lepas kami tiada makanan di rumah.
Saya pergi zakat. Zakat bagi RM100 kata untuk 1 tahun e bantuan ni dia bagi.
Kalau nak mohon tahun depan lagi sekali. RM100 apa saya nak beli dan berjimat sehingga
12 bulan. Mungkin ini ujian untuk kami,” tulis salah seorang ahli group.
Sumber: malaysiadateline.com