Tarikh Kemaskini Info Maklumat BKM Fasa3 kini dibuka bermula
pada minggu ini sehingga 30 Ogos 2022.
Kemaskini maklumat Permohonan BKM 2022 adalah untuk
membolehkan Permohonan BKM 2022 yang berstatus Lulus mengemaskini maklumat asas
seperti maklumat berikut:Nombor telefon rumah.
Kemaskini Maklumat BKM Fasa3 ini adalah untuk penerima yang
telah lulus status dan tidak membuat sebarang rayuan BKM.
*Terhad kepada akaun bank pemohon sekiranya status
pembayaran BKM 2022 adalah Gagal Kredit atau Tunai sahaja.
-
Nombor Telefon Bimbit
-
Alamat emel
-
Nama dan Nombor Akaun Bank*
-
Maklumat Perwakilan
Info Maklumat BKM Fasa 3
Tarikh kemaskini Maklumat BKM Fasa 3 dibuka mulai 10 Ogos
2022 sehingga 30 Ogos 2022.
Selain itu, kemaskini untuk fasa seterusnya akan diumumkan
dari semasa ke semasa.
LHDN telah mengumumkan tarikh penerima Bantuan Keluarga
Malaysia BKM untuk mengemaskini bagi fasa 3.
Diingatkan sekali lagi, Kemas kini maklumat ini adalah untuk
penerima yang telah lulus status dan tidak membuat sebarang rayuan BKM.
Cara Kemaskini
Kemaskini Maklumat BKM Fasa3 peribadi anda di BKM boleh
dibuat di pautan rasmi semakan BKM. Klik sini untuk Layari
https://bkm.hasil.gov.my/.
Tekan Log Masuk danTekan Kemaskini Permohonan. Masukkan No.
MyKad dan tekan Semak.
Isikan semua maklumat bertanda *, Isi Kod Captcha dan klik
Sahkan Captcha dan Tandakan Perakuan Pemohon Berkenaan.
Tekan butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah
permohonan berjaya dihantar, klik butang Cetak untuk simpan rekod permohonan.
Klik sini untuk Layari https://bkm.hasil.gov.my/.
Maklumat Tambahan
Permohonan kemas kini maklumat asas BKM juga dibuka secara
manual di cawangan LHDN berdekatan.
Sila download borang kemas kini maklumat permohonan BKM dan
bawa ke cawangan LHDN untuk proses selanjutnya.
Layari Hotline BKK LHDNM : 1800 88 2747 Hotline BKK MoF : 03
8882 4565. Atau Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM di e-Mel :
bkm@treasury.gov.my.
Sumber: myinfokerja.com