MARA menawarkan Skim Pinjaman Komputer Pelajar IPMA (SKIPMA)
kepada semua pelajar di Institusi Pendidikan MARA (IPMA) bagi tujuan kemudahan
sepanjang pengajian.
Permohonan dibuka pada 10 Ogos 2022 hingga 23 Ogos 2022
secara atas talian.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang skim ini untuk
makluman bersama.
Apakah SKIPMA?
Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP) diwujudkan bagi
membantu pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMA) untuk kemudahan dalam
melaksanakan aktiviti pembelajaran masing-masing seiring dengn perkembangan
teknologi maklumat dan komunikasi.
Pelajar tajaan MARA dibawah institusi pendidikan MARA (IPMa)
seperti dibawah yang layak memohon:
-
Kolej MARA (KM);
-
Institut Kemahiran MARA (IKM);
-
Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM);
-
MARA Japan Industrial Institute (MJII);
-
Kolej Profesional MARA (KPM);
-
Universiti Kuala Lumpur (UniKL);
-
Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM);
-
Kolej Poly-Tech MARA (KPTM); Dan
-
German Malaysian Institute (GMI).
Syarat Kelayakan
Pelajar IPMA yang mengikuti program secara pengajian sepenuh
masa di peringkat Persediaan / Prauniversiti, Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana
Pertama (Sarjana Muda).
Syarat Kelayakan lanjut seperti berikut:
1.
Pelajar berstatus Bumiputera.
2.
Ibu atau bapa berstatus Bumiputera.
3.
Pelajar yang ditawarkan mengikuti pengajian di
IPMA secara sepenuh masa bagi peringkat seperti berikut:
-
Persediaan / Pra-Universiti (Umur tidak melebihi
20 tahun)
-
Sijil (Umur tidak melebihi 35 tahun)
-
Diploma (Umur tidak melebihi 35 tahun)
-
Ijazah Sarjana Pertama (Sarjana Muda) (Umur
tidak melebihi 45 tahun)
4.
Pelajar baharu atau pelajar sedia ada (aktif)
yang mempunyai baki pengajian tidak kurang satu (1) tahun daripada tarikh
permohonan dibuat.
5.
Pelajar layak memohon satu (1) kali pinjaman komputer
bagi setiap peringkat pengajian. Pelajar yang melanjutkan pengajian ke
peringkat lebih tinggi adalah layak untuk dipertimbangkan pinjaman komputer
seterusnya tertakluk kepada pinjaman komputer terdahulu telah diselesaikan.
6.
Pelajar tidak mendapat kemudahan pinjaman atau
kemudahan komputer dari badan penaja/ pihak lain.
Jumlah Pinjaman
Amaun maksimum adalah sebanyak RM3,000.00 (ringgit malaysia:
tiga ribu sahaja).
Penetapan jumlah pinjaman adalah tertakluk kepada harga
sebenar komputer dan tidak melebihi jumlah amaun maksimum.
Cara Permohonan SKIPMA 2022
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui
pautan aplikasi.mara.gov.my/skip.
Permohonan juga boleh dibuat melalui wakil IPMA
masing-masing bermula 10 Ogos 2022.
Maklumat Lanjut
Sebarang kemusykilan emel ke skipma@mara.gov.my.
ATAU rujuk info selanjutnya berikut :
Sumber: ecentral.my