Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis
bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, sama ada di peringkat
Persekutuan atau Negeri.
Ia termasuklah dengan memperkenalkan Skim Projek Perumahan
Rakyat (PPR) Disewa yang bertujuan untuk penempatan semula setinggan dan
memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Untuk
makluman, kadar sewa PPR Disewa adalah serendah RM124/sebulan, tidak termasuk
kos penyelenggaraan.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan PPR Disewa: –
Syarat-syarat Kelayakan
-
Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia;
-
Berumur 18 tahun ke atas;
-
Pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan;
-
Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki
rumah;
-
Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan
oleh Kerajaan Negeri.
Ciri-Ciri PPR Disewa
·
Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah
bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat;
·
Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres;
·
Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki
persegi;
·
Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur,
2 Bilik Air
·
Kemudahan Asas:
-
Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
-
Surau/Ruang Solat
-
Gerai Makan/Ruang Niaga
-
Tadika
-
Kemudahan OKU
-
Taman Permainan/Kawasan Lapang
-
Rumah Sampah
Cara Memohon
Berkenaan dengan cara memohon PPR Disewa ia boleh dibuat
secara atas talian di Portal TEDUH, Jabatan Perumahan Negara Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Senarai carian projek-projek perumahan yang dibuka di bawah
KPKT juga boleh disemak di portal sama dengan pergi ke bahagian ‘CARIAN PROJEK’
di menu utama laman web.
Untuk maklumat lengkap berkenaan PPR Disewa dan
permohonannya, ia boleh dirujuk – DI SINI.
Sumber: berikerja.com.my