'Serabut Betul Komen Dia' - Neelofa

PELUANG KERJAYA
0

 

Kuala Lumpur: Pengacara dan usahawan popular, Neelofa meluahkan rasa kurang senang terhadap komen seorang netizen yang dilihat sengaja memanaskan keadaan ketika dia sedang membuat siaran langsung di TikTok. 

 

Menerusi video yang tular, seorang pengguna TikTok dikenali Diana meninggalkan komen yang berbaur 'provokasi' apabila membayangkan ada selebriti lain turut sama mengeluarkan produk inai sepertinya.

 

"Kalau Fazura keluar inai mesti lagi best," tulis Diana di ruangan komen.

 

Menerusi sesi siaran langsung itu, Neelofa dan suami berkongsi tentang produk mereka serta perancangan untuk melancarkan produk kecantikan.

 

Dalam pada itu, nama Diana juga trending dan diperkatakan oleh netizen di Twitter.

 

Sumber: Harian Metro

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !