Semakan Status & Tarikh Bayaran BKM Fasa 3 ~ Pengkreditan sehingga RM700
Berita baik buat semua rakyat Malaysia, pengkreditan
bayaran bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 3 akan dikreditkan tidak lama
lagi. Bayaran ini merangkumi beberapa kategori termasuk Bujang, Isi Rumah serta
Warga Emas.
Pada rencana kali ini kami akan berkongsi berkenaan
cara melakukan semakan kelayakan bayaran yang akan diterima bagi setiap
kategori serta jadual pembayaran BKM Fasa 3.
Semakan Status & Fasa Bayaran BKM
Fasa 1
-
Bayaran dikreditkan bermula pada 28
Mac 2022 secara berperingkat dan 30 Mac 2022 secara tunai di
cawangan BSN
Fasa 2
-
Bayaran dikreditkan bermula pada 27
Jun 2022 secara berperingkat begitu juga dengan bayaran tunai di cawangan
BSN
Fasa 3
-
Bayaran dikreditkan bermula pernghujung Ogos
atau awal September 2022
Fasa 4
-
Bayaran dikreditkan bermula pada Disember
2022
Kadar Bayaran BKM Fasa 3 Bagi Setiap
Kategori
Berikut adalah jumlah bayaran BKM bagi setiap kategori:
Cara Semakan Status BKM Fasa 3
Berikut adalah cara untuk membuat semakan BKM:
1.
Log masuk ke bkm.hasil.gov.my
2.
Klik Semakan Status
3.
Paparan kelayakan akan ditunjukkan
4.
Klik maklumat pembayaran untuk lihat
status pembayaran
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai
pembayaran BKM Fasa 1 hingga Fasa 4, anda boleh layari bkm.hasil.gov.my
Sumber: triviamy.com
0 Response to "Semakan Status & Tarikh Bayaran BKM Fasa 3 ~ Pengkreditan sehingga RM700"