Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai bantuan telah
dilancarkan bagi meringankan beban rakyat yang amat memerlukan. Bagi mereka
yang telepas pandang, Pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar telahpun
melancarkan Program Perumahan Rakyat Termiskin atau lebih dikenali dengan nama
PPRT. Program ini lebih memfokuskan kepada mereka dalam kelompok B40 yang ingin
membina rumah baru atau membaik pulih rumah untuk diduduki dan memerlukan
bantuan.
APA ITU PPRT
Tujuan utama Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)
diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti kehidupan keluarga miskin dan miskin
tegar dengan cara membaik pulih atau membina rumah baru bagi menyediakan tempat
kediaman yang lebih selesa dan selamat sebagai asas pertumbuhan sesebuah
keluarga.
GOLONGAN LAYAK PPRT
Permohonan bantuan PPRT lebih diberi keutamaan kepada
golongan seperti berikut:
-
Orang Kelaina Upaya – OKU
-
Mangsa bencana alam yang berskala kecil
-
Warga Emas
-
Bapa atau Ibu Tunggal yang mempunyai tanggungan
keluarga yang ramai
-
Keutamaan perlaksanaan Program ini adalah kepada
daerah dan negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi.
KATEGORI-KATEGORI PPRT
Program PPRT terdapat 2 kategori disediakan seperti berikut
:
1) Baik Pulih
a) Kepada baik pulih rumah melibatkan 3 elemen penting
-
Penambah baikan
-
Penyelenggaraan
-
Requisition
b) Syarat program bantuan baik pulih rumah
-
Bantuan akan diberikan kepada individu yang
mempunyai rumah yang usang atau kerosakan disebabkan oleh bencana dan masih
boleh untuk di perbaiki.
-
Mendapat surat kebenaran bagi kes menumpang
tapak tanah dari pemilik.
2) Bina Baru
Bantuan pembinaan rumah baru akan diberikan kepada individu
yang tidak mempunyai rumah sendiri atau rumah yang didiami sekarang terlalu
usang dan tidak selamat untuk didiami.
CARA MOHON PPRT 2022 – SECARA ONLINE
Jika anda memenuhi syarat kelayakan dan ingin membuat
permohonan , di bawah telah disediakan cara permohonan Bantuan Rumah PPRT :
-
Sila layari Portal Rasmi eSPKR https://espkr.rurallink.gov.my/v1/admin/
-
Kemudian tekan butang ”Program Perumahan Rakyat
Termiskin” di laman utama
-
Sila lengkapkan maklumat anda yang diperlukan di
ruangan yang telah disediakan
-
Selepas lengkap mengisi, tekan ”Hantar
Permohonan”
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan
Program Rumah PPRT , anda boleh hubungi Pihak berkaitan seperti berikut :
Talian Khas : 03 8000 8000
E-mel : info@ruralink.gov.my
Sumber: portalmalaysia.com