Saya Dah Lama 'Gam' Mereka - Abon

Saya Dah Lama 'Gam' Mereka - Abon

"Saya dah tak peduli kalau mereka nak 'gam' saya kerana saya dah lama gam mereka.

"Dipanggil untuk terbabit dalam program saya tak datang dan saya pilih serta letak harga sebab memang saya dah tak hendak,".

Demikian kata pelawak Abon yang kecewa dengan sebuah stesen TV yang seakan menafikan kemenangannya sebagai juara pertama pertandingan lawak anjuran mereka bersama Allahyarham Os pada 2011.

Abon atau Sharizan Ahmad berkata, dia bukan irihati terhadap pelawak lain yang terbabit dengan program stesen terbabit kerana itu rezeki mereka.

"Mereka nak cari juara dan kami dah juara. Setiap juara katanya ada program sendiri. Yang selepas itu pun ada program tapi kenapa kami tiada.

"Lepas menang hilang begitu saja. Itulah sebabnya saya dah tak kisah kalau mereka nak buat apa saja terhadap saya.

"Orang dah tak nak kita. Bila saya bersuara barulah mereka nak panggil. Tapi dah tak seronoklah," katanya.

Abon baru-baru ini tampil dengan program Hari Raya terbitan RTM, Astro dan Awesome TV.

"Ia sebab saya nak tengok 'feedback' adakah saya masih ada peminat. Alhamdulillah ternyata sangat menggalakkan.

"Bayangkan 2011 saya menang dan 2013 saya tiada apa-apa. Kami tarik diri dari bertanding.

"Os ambil keputusan bawa teksi sebab anaknya belajar di Mesir ketika itu. Dia tak boleh tunggu tawaran dari stesen TV semata-mata kerana anaknya perlukan wang untuk yuran," katanya.

Abon berkata, sebelum menang program ini, tawaran show memang banyak.

"Itulah sampai ada yang kata Osbon demand. Macamana nak demand kalau tak dipanggil pun. Banyak yang salah fakta.

"Siapa yang boleh sabar. Ini bidang saya. Mereka nak juara dan kami dah buktikan. Jadi nak apa lagi?

"Begitu juga dengan stesen milik kerajaan. Saya bermula dengan mereka tapi peluang banyak diberikan kepada mereka yang bermula dengan stesen lain," katanya.

Menurutnya, dia tidak menafikan bakat atau rezeki mereka tetapi biarlah adil.

"Memang tiada undang-undang kata tak boleh ambil. Tapi dari segi pertimbangan kita. Kenapa anak sendiri dianak tirikan?

"Sedangkan ada banyak bakat yang lahir dari program mereka dari awal lagi. Saya, Sathiya, Sabri Yunus, Ebby Yus, Imuda dan ramai lagi.

"Kenapa nak ambil artis lain? Kalau mereka hebat tak apalah. Ini minggu pertama dan kedua dah terkeluar," katanya.

Menurutnya yang sudah aktif sejak tahun 1979, dia pernah ditawarkan bayaran RM500 dan menolak kerana merasakan tidak wajar.

"Saya kata jumlah itu diperolehi sejak zaman 1980-an lagi menerusi Kampung Seri Wangi untuk setiap episod.

"Orang itu cakap dalam nada yang tak bersalah. Katanya orang lain okey saja ambil jumlah ini.

"Saya tanya mereka siapa dan dijawabnya ekstra. Saya jawab saya tak hebat tapi saya ada nama," katanya.

Sumber: Harian Metro

!-- iklan tengah postingan -->

Load comments