10 bintang diberi untuk semangat dan kesungguhan mengajar
seorang guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah rendah ini. Itu antara respon
warganet.
Gaya mengajar guru wanita yang kreatif dan bertenaga dan
dikongsi di TikTok beliau mengundang kekaguman orang ramai.
Dalam masa sama, ada yang ‘terkilan’ kerana mereka semasa di
bangku sekolah dahulu tidak mempunyai guru bersemangat seperti wanita
berkenaan.
“Teacher yang paling best ni. Kenapa saya dulu tak diajar
dengan cara ni,” kata seorang netizen.
Guru yang juga TikTokers yang menggunakan nama nanadayana.11 memang popular dengan mempunyai lebih 330,000 pengikut selain disukai 9 juta pengguna TikTok.
@nanadayana.11 Replying to @bosan429 terlompat lompatt nak buat the babies fahamm 😂♥️ #teacher #days #year1 ♬ Baby Song - Lullaby player
Melihatkan tenaga maksimum guru itu, ada yang berpendapat
mungkin beliau akan terlalu penat kerana dalam sehari bukan sebuah bilik darjah
sahaja yang perlu ditanganinya.
Namun, ada warganet yang menolak tanggapan tersebut
sebaliknya menyifatkan guru itu lebih puas dan gembira ditambah dengan murid
yang cerdik dan baik mendengar kata.
Sumber: malaysiadateline.com