Rupanya ini punca bunyi bising pada enjin Proton X50
dan X70. Bunyi bising enjin Proton X50 dan X70 akhirnya terjawab. Ramai yang
merungut kenapa enjin X50 dan X70 ni bising. Termasuk lah baru-baru ini ada
seorang pemilik kereta ini resah dengar bunyi enjinnya yang kuat padahal baru
je beli..
Memetik dari portal Mekanika, Proton X50 dikuasakan
dengan 2 pilihan enjin samaada enjin 1.5T atau 1.5 TGDi yang menghasilkan kuasa
berbeza. Varian 1.5T menjana 148 kuasa kuda dan 225Nm tork manakala varian TGDi
yang digunakan pada varian Flagship menghasilkan 175 kuasa kuda dan 255Nm tork.
Malah enjin 1.5TGDi ini juga digunakan oleh 4 varian
Proton X70. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut berkenaan enjin 3 silinder
ini 1.5TGDi ini di SINI. Berbalik kepada persoalan yang ditimbulkan oleh
pemilik tadi, bunyi bising yang dihasilkan oleh enjin ini adalah disebabkan
rekaan dan cara enjin ini beroperasi
TGDi merupakan singkatan kepada Turbocharged Gasoline
Direct Injection, menerangkan dengan tepat bagaimana enjin ini beroperasi.
Petrol dalam enjin ini akan disuntik terus ke dalam silinder pada lejang
mampatan. Enjin 1.5T pula akan memancitkan petrol di luar silinder kerana
sistem EFI dipasang di luar silinder.
Berbeza dengan enjin 1.5T, enjin TGDI hanya akan
memampatkan udara sahaja dan ketika akhir lejang mampatan petrol akan
dipancitkan pada tekanan tinggi. Sistem suntikan enjin TGDI dipasang di dalam
silinder dan sistem ini dinamakan Direct Injection.
Campuran ini tadi akan dinyalakan dengan percikan
elektrik daripada palam pencucuh dan menyalakan campuran petrol dan udara
bertekanan tinggi. Cara kerja enjin suntikan bahan api terus ini adalah sama
seperti enjin diesel yang memerlukan sistem suntikan bahan api tekanan tinggi
untuk memancitkan bahan api di dalam silinder.
Bunyi bising enjin Proton X50 dan X70 akhirnya terjawab
Penulis tiada data berkenaan dengan berapakan nilai
tekanan yang digunakan oleh enjin Proton X50. Tapi untuk perbandingan enjin GM
yang menggunakan sistem EFI hanya mengenakan 40 psi untuk menghantar petrol.
Tapi bagi enjin suntikan bahan api terus milik GM, nilai ini meningkat kepada
1740 psi. Ia merupakan satu perbezaan yang cukup besar bunyi yang ada dengar
ialah bunyi fuel pump beroperasi.
Faktor kedua ialah solenoid yang mengawal aliran petrol
terutama untuk kegunaan pam petrol tekanan tinggi dan juga pemancit adalah
lebih kuat dan lebih bising pada enjin TGDi. Bagi mengatasi isu bunyi ini,
kebanyakan pengeluar menggnakan bahan penebat yang lebih tebal di sekitar
komponen fuel rail.
Jadi anda sudah tahu kenapa kenderaan yang dipasang
dengan enjin suntikan bahan api terus dan isu ini melibatkan pelbagai jenama
seperti Proton, Mazda, Nissan dan juga Hyundai anda akan dapati enjin suntukan
bahan api terus (TGDi) menghasilkan sedikit bunyi yang kuat jika dibandingkan
dengan enjin suntikan EFi.
Sumber: malaysiaharmoni.net