Pengeluaran KWSP merupakan antara harapan rakyat buat masa
ini bagi mendepani cabaran kenaikan kos kehidupan yang meningkat.
Walaupun beberapa pengeluran khas telah diperkenal kerajaan
sebelum ini, nampaknya tekanan kehidupan kini masih memberi kesan dalam
kehidupan kita semua.
Namun kita mungkin terlepas pandang kebenaran KWSP untuk
pengeluaran akaun 2 bagi tujuan tertentu.
Pengeluaran KWSP Akaun 2
Berikut anda boleh semak butiran termasuk jenis pengeluaran,
borang permohonan, cara memohon duit pengeluaran Akaun 2 KWSP untuk peribadi
2022
1) Pembayaran Ibadah Haji
Untuk mengurangkan bebanan anda menunaikan haji, duit
daripada akaun anda boleh dikeluarkan dengan membuat permohonan pengeluaran
KWSP i-Akaun untuk perbelanjaan haji dan tujuan daftar haji dengan Lembaga
Tabung Haji.
✓ Dokumen & Syarat Pengeluaran Untuk Daftar Haji
2) Pembayaran Rawatan Perubatan
Jika anda menghadapi masalah melibatkan masalah kesihatan
dan 36 penyakit kritikal, anda boleh melakukan pengeluaran pada akaun 2 bagi
menampung kos perubatan dan pembelian alat kesihatan.
✓ Dokumen Pengeluaran Untuk Perubatan
3) Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah
Pihak KWSP memberi kemudahan untuk membantu ahlinya memiliki
rumah pertama sendiri sama ada melalui pembinaan rumah sendiri, membeli rumah
subsale, rumah lelong, atau beli melalui Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2022.
✓ Dokumen & Syarat Pengeluaran Pembelian Rumah
4) Pengeluaran Untuk Pendidikan
Bagi yang ingin menyambung pengajian ke peringkat pengajian
tinggi perlu membayar yuran yang mahal untuk menikmati kemudahan Universiti.
KWSP memberikan pilihan dan kemudahan pengeluaran EPF untuk
anda menampung pengajian anak anda jika kemudahan Pinjaman PTPTN tidak
mencukupi.