Adakah anda tahu bahawa bermula pada bulan ini (Julai
2022) terdapat satu bantuan yang boleh anda terima secara automatik tanpa perlu
melakukan permohonan iaitu bantuan MySalam. Bantuan MySalam adalah merupakan
sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang menyediakan
perlindungan takaful untuk golongan berpendapatan rendah menerusi Dana Amanah
MySalam.
Skim ini bertujuan untuk membantu memudahkan kehidupan
mereka yang berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan normal apabila
berhadapan dengan cabaran kewangan dengan penyakit yang dihidap.
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
MANFAAT MYSALAM
Berikut dikongsikan manfaat yang bakal diterima oleh
para pemohon yang layak adalah seperti berikut:
1.
Menerima bayaran RM8,000 yang diagihkan
dalam masa yang akan diumumkan.
2.
Menerima bayaran harian untuk tempoh 14
hari setahun pada kadar RM40 sehari atau RM700 setahun.
3.
Berita baik buat seluruh rakyat Malaysia
kerana Skim Perlindungan MySalam akan diperluaskan kepada para penerima BKM
yang layak bermula pada tahun 2022.
SYARAT KELAYAKAN MYSALAM
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang perlu
anda ketahui sebelum melakukan permohonan:
-
Individu yang berumur antara 18 tahun
sehingga 65 tahun dan pasangan.
-
Individu berumur antara 40 tahun
sehingga 65 tahun dan pendapatan tahunan kurang RM24,000.
-
Individu OKU berumur antara 18 tahun
sehingga 65 tahun dengan berpendapatan RM24,000 setahun.
CARA MENEBUS MYSALAM
Berikut dikongsikan cara untuk menebus bantuan RM700
MySalam:
1.
Penerima BSH/BPR akan secara automatik
layak, mereka akan terus dimasukkan ke dalam sistem MySalam.
2.
Semakan boleh dilakukan menerusi pautan
rasmi MySalam di https://www.mysalam.com.my/b40/info/
3.
Semua penerima yang layak akan
dimaklumkan menerusi sistem SMS
4.
Tetapi jika anda layak namun tidak
menerima SMS, anda boleh menghantar emel di info@mysalam.com.my atau hubungi
talian 1-300-888-938
SENARAI PENYAKIT YANG BOLEH MENUNTUT
RM700
Berikut adalah merupakan senarai penyakit yang
membolehkan anda atau keluarga anda untuk menebus bantuan MySalam:
-
Meningitis Bakteria
-
Alzheimer / Demensia teruk
-
Kanser
-
Pembedahan Otak
-
Koma
-
AIDS Gejala Penuh
-
Serangan Jantung
-
Jangkitan HIV
-
Stroke / Angin Ahmar
-
Dan penyakit-penyakit kritikal yang lain
– boleh rujuk DI SINI
Sumber: ikerajaan.com