Pihak Polis kini memberikan peringatan kepada orang
ramai, supaya berhati-hati dengan SMS palsu yang memaklumkan para pengguna,
mengatakan wang telah dikreditkan ke akaun Touch n Go eWallet.
Selain pihak polis, perkara sama turut ditekankan dan
diingatkan oleh pihak MySejahtera, mengatakan mmereka tidak menghantar sebarang
pesanan berkaitan pemberian bantuan kewangan kepada orang ramai.
Peringatan ini dikeluarkan selepas pada beberapa hari
kebelakangan, beberapa pengguna melaporkan menerima SMS seumpama daripada pihak
kerajaan, dan memaklumkan mereka menerima kredit melalui dompet digital TNG.
Sebuah pautan disertakan, dan meminta pengguna log masuk ke akaun TNG
masing-masing melalui sebuah halaman web palsu.
Pihak Polis mengingatkan ia adalah salah satu taktik
untuk mendapatkan maklumat pengguna. Orang ramai diingatkan supaya tidak tekan
pada pautan, atau mengakses akaun dompet digital daripada aplikasi yang sah
sahaja.
Sumber: amanz.my