Bantuan Ibu Bersalin (BIB) merupakan antara inisiatif
Kerajaan Negeri Sarawak dengan pemberian sebanyak RM450.00 dalam bentuk tunai
kepada setiap ibu berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang kad pengenalan
berstatus ‘K’ yang melahirkan anak bagi membantu keperluan ibu selepas
melahirkan anak seperti pemakanan sihat serta penjagaan diri semasa tempoh
berpantang, bermula tahun 2020 tanpa mengira bangsa, agama atau status
sosio-ekonomi.
Syarat-syarat Permohonan
1) Warganegara Malaysia;
2) Ibu pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ atau
isteri kepada pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak
Connection);
3) Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak; dan
4) Permohonan boleh dibuat apabila kandungan mencapai usia
22 minggu dan ke atas sehingga 3 bulan selepas bersalin.
Dokumen-dokumen Sokongan
Semua permohonan wajib disertakan dengan dokumen-dokumen
berikut:
1) Salinan kad pengenalan / pasport Ibu;
2) Salinan kad pengenalan / pasport pasangan atau penjaga;
3) Salinan sijil perkahwinan sekiranya pemohon bukan
berstatus ‘K’;
4) Salinan buku rekod kesihatan ibu;
5) Salinan penyata akaun bank terkini; dan
6) Salinan nota discaj atau sijil lahir bayi atau surat
pengesahan mengandung 22 minggu ke atas daripada pegawai perubatan.
Kaedah Permohonan
Permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) boleh dibuat melalui:
(i) Online di aplikasi iSarawakCare
Muat turun aplikasi/app di Google Play Store dan Apple App
Store
Maklumat Lanjut: https://isarawakcare.sarawak.gov.my
(ii) Manual di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat
Bahagian/Daerah, Pejabat Daerah, Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sarawak atau
Pejabat Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin, MASJA II (Kuching sahaja). Borang
Permohonan boleh dimuat turun di pautan http://bit.ly/borangbib2022
Peringatan/Makluman:
(i) Permohonan ini hanya terbuka kepada ibu yang melahirkan
bayi bermula tahun 2020;
(ii) Permohonan ini hanya sah bagi tempoh enam (6) bulan
dari tarikh anda memohon. Sekiranya tiada dokumen lengkap yang diterima dalam
tempoh tersebut, maka permohonan akan ditolak secara automatik tanpa sebarang
notifikasi dihantar; dan
(iii) Permohonan yang tidak lengkap dari segi dokumen tidak
akan diproses.
Bagi semakan status Bantuan Ibu Bersalin, sila hubungi kami
di e-mel: bib@sarawak.gov.my atau rujuk dalam aplikasi iSarawakCare
KLIK DI SINI untuk mengetahui lnfografik Bantuan Ibu
Bersalin (BIB)
Untuk maklumat lebih lanjut sila layari iSarawakCare
Sumber: mingguankerja.my