Pengumuman Terbaru : Bantuan Kewangan JKM Dinaikkan
Oleh Kerajaan Malaysia l Bantuan Khas Kepada Rakyat Malaysia l Mohon Dan Semak
Kelayakan Anda!. Terbaru diterima bahawa kerajaan Malaysia baru sahaja
mengumumkan berita baik kepada seluruh rakyat Malaysia mengenai bantuan
kewangan kewangan yang dinaikkan oleh kerajaan Malaysia dalam usaha membantu
mereka yang memerlukan.
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff,
berkata ia membabitkan penerima bawah lima skim utama iaitu skim Bantuan
Kanak-Kanak (BKK), Bantuan Penjagaan OKU/Pesakit Kronik Terlantar (BPT),
Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB), Elaun Pekerja OKU (EPOKU) dan Bantuan
Warga Emas (BWE).
“BKK (kadar kenaikan) daripada RM100 kepada RM150 bagi
seorang kanak-kanak dengan kadar maksimum RM1,000 sebulan satu keluarga,
memberi manfaat kepada 65,599 keluarga miskin dan sebanyak RM165.53 juta
peruntukan sudah disalurkan sehingga Jun lalu.
Sumber: Berita Harian
Bagi mereka yang berminat untuk membuat permohonan
bantuan JKM yang baru dinaikkan oleh kerajaan Malaysia, anda boleh merujuk
makluman dibawah berkenaan cara-cara dan syarat membuat permohonan.
Apakah Itu Bantuan JKM?
Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ialah
merupakan bantuan khas yang diberikan oleh kerajaan Malaysia dalam usaha
memastikan golongan-golongan yang memerlukan mendapat bantuan.
Apakah Antara Bantuan Yang Pihak JKM
Sediakan?
Berikut merupakan bantuan yang disedikan oleh pihak
JKM, rujuk dibawah:
1.Bantuan Kanak-Kanak (BKK);
2.Elaun Pekerja Cacat (EPC);
3.Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB);
4.Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik
Terlantar (BPT);
5.Bantuan Warga Emas (BWE);
6.Bantuan Am Persekutuan (BA);
7.Bantuan Anak Pelihara (BAP);
8.Bantuan Latihan Perantis (BLP);
9.Bantuan Geran Pelancaran (GP);
10.Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT);
11.Tabung Bantuan Segera (TBS).
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan
Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan
Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di
bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan
Permohonan Bantuan Kewangan Secara
Bulanan Dari JKM
Bagi mereka yang berminat dan menepati ciri kriteria
bantuan yang ditetapkan oleh JKM, anda layak untuk membuat permohonan segera.
Berikut merupakan cara untuk membuat permohonan bantuan
daripada JKM. Kebiasaanya bantuan JKM akan diberikan secara elaun bulanan.
Cara Memohon Bantuan JKM
Bagi anda yang betul-betul memerlukan bantuan ini, anda
dikehendaki terus ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan /
Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan yang dibuat akan dijalankan siasatan
untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada
pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang
berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Untuk memudahkan urusan, pemohon diminta membawa
dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan
/ Bahagian:
-
salinan Kad Pengenalan diri pemohon
-
salinan Kad Pengenalan suami / isteri /
ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
-
salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli
keluarga yang tinggal bersama
-
salinan penyata gaji (jika ada)
-
lain-lain dokumen yang berkaitan
Anda boleh download borang berkaitan dibawah ini:
Download borang permohonan bantuan JKM :
-
KM 18 (Borang Permohonan Bantuan)
-
Borang Kemaskini Maklumat JKM 20
“Kerajaan prihatin, Rakyat bahagia”
Bantuan kewangan JKM kepada rakyat Malaysia daripada
kerajaan kepada khusus golongan yang berkelayakan merupakan tanda kerajaan
Malaysia adalah kerajaan yang prihatin tanpa mengira jenis golongan, Golongan
Orang kurang upaya layak dibantu dan diberi perhatian dikalangan masyarakat
juga.
Sumber: systemguruonline.my