Hampir kesemua pencarum KWSP sangat menuntut untuk
Pengeluaran Khas KWSP 2.0 telah dilaksanakan secepat mungkin. Mungkin ada yang
setuju dan ada juga yang menolaknya. Malah, ia terpulang kepada individu
masing-masing.
PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0
Mungkin ada juga diantara kita terlalu mengharapkan
Pengeluaran Khas KWSP dibuat sekali lagi, disebabkan kenaikan harga barang yang
berlaku.
Tidak dinafikan ramai yang mengeluh begitu sukar dan begitu
lama duit masing-masing tersimpan dalam kantung dengan caruman yang dilakukan
melalui I-akaun KWSP online
Tetapi tahukah ada banyak jenis pengeluaran yang boleh anda
lakukan selagi mana mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.
Sebenarnya anda dibenarkan untuk melakukan pengeluaran KWSP
dari akaun 2 untuk tujuan peribadi anda sendiri dan tujuan untuk membina atau
ubah suai rumah, untuk peribadi, pendidikan dan lain-lain.
PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP DIBENARKAN
Malah, para pencarum masih berpeluang untuk membuat
pengeluaran KWSP melalui akaun 2 untuk tujuan peribadi yang memang dibenarkan
sejak masa lalu lagi.
Menurut adalah jenis pengeluaran yang dibenarkan yang
menggunakan wang simpanan akaun 2 KWSP.
1) Pengeluaran Untuk Pendidikan
Terbuka pada yang ingin menyambung pengajian ke peringkat
pengajian tinggi yang perlu membayar yuran untuk menikmati kemudahan universiti
atau kolej.KWSP akan memberikan pilih dan kemudahan pengeluaran untuk menampung
pembayaran yuran anak anda.
SYARAT KELAYAKAN DAN MAKLUMAT LANJUT
2) Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah
Kemudian, pihak KWSP turut memberikan kemudahan kepada
ahlinya untuk memiliki rumah pertama sendiri sama ada melalui pembinaan rumah
sendiri, rumah lelong dan juga seperti rumah subsale atau beli melalui rumah
mesra rakyat yang disediakan oleh pihak kerajaan.
SYARAT KELAYAKAN DAN MAKLUMAT LANJUT
3) Pembayaran Rawatan Perubatan
Sekiranya korang sedang menghadapi masalah kesihatan
melibatkan 36 penyakit kritikal, anda boleh membuat pengeluaran menggunakan
akaun 2 bagi menampung kos perubatan dan alat kesihatan.
SYARAT KELAYAKAN DAN MAKLUMAT LANJUT
4) Pembayaran Ibadah Haji
Untuk mengurangkan bebanan anda perlu juga untuk menunaikan
haji, duit daripada akaun anda boleh dikeluarkan dengan membuat permohonan
pengeluaran KWSP i-Akaun untuk perbelanjaan haji dan tujuan daftar haji dengan
Lembaga Tabung Haji.
SYARAT KELAYAKAN DAN MAKLUMAT LANJUT
Sumber: portalmalaysia.com