KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan
pertukaran jawatan dan kenaikan pangkat 20 pegawai kanannya berkuat kuasa pada
12 September ini.
Mendahului senarai adalah Timbalan Cawangan Khas E1, Bukit
Aman, Datuk Baharuddin Ahmad, yang bertukar ke Timbalan Pengarah Cawangan Khas
1, Bukit Aman.
Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah
Saaduddin, berkata Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri
pula akan memegang jawatan sebagai Ketua Polis Perak dengan memangku pangkat
Komisioner Polis (CP).
Selain itu, katanya, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan
(Perjawatan), Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman,
Senior Asisten Komisioner Mohd Alwi Zainal Abidin ditukar kepada Timbalan
Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan,
Jabatan Pengurusan Bukit Aman dengan memangku jawatan Deputi Komisioner Polis
(DCP).
"Ketua Penolong Pengarah (Agama dan Kaunselling)
Bahagian Agama dan Kaunselling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS)
Bukit Aman, Datuk Ghazali Daud pula bertukar kepada Timbalan Pengarah (Agama
dan Kaunselling) JIPS Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP," katanya
dalam kenyataan, hari ini.
Noorsiah berkata, selain itu, Ketua Urus Setia Ketua Polis
Negara (KPN) (Perundangan) PDRM, Urus Setia Pejabat KPN Bukit Aman, Senior
Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof bertukar sebagai Komandan Maktab
PDRM Kuala Lumpur dengan memangku pangkat DCP.
"Komander 69 Komando Pasukan Gerakan Khas Jabatan
Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Ulu Kinta, Perak, Datuk
Abdul Razak Mohd Yusoff pula akan memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis
Pahang dengan memangku pangkat DCP.
"Ketua Jabatan Pengurusan Sarawak, Senior Asisten
Komisioner Gilberd Philip Layang pula bertukar sebagai Timbalan Pengarah
Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan, Bukit Aman dengan memangku pangkat
DCP," katanya.
Sumber: Berita Harian