Pihak kerajaan melalui pelbagai kementerian dan
jabatannya telah memperkenalkan banyak bantuan dan inisiatif bagi membantu
mereka yang memerlukan
Antara bantuan-bantuan itu adalah di bawah kendalian
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang memperkenalkan sebuah bantuan yang
dikenali sebagai Bantuan Kanak-Kanak (BKK). Ini adalah penerangan berkenaan
BKK: –
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Kadar Bantuan
Nilai bantuan BKK adalah dari RM150 sehingga RM1,000
dengan pembahagian berikut:
-
RM200 seorang: Bagi anak berumur 6 tahun
& ke bawah;
-
RM150 seorang: Bagi anak berumur 7 tahun
hingga 18 tahun;
-
RM1,000: Kadar bantuan maksimum bagi
keluarga sebulan.
Syarat-syarat Kelayakan
-
Warganegara dan bermastautin di
Malaysia;
-
Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan
kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis
Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per
Kapita Semasa;
-
Kanak-kanak yang berumur di bawah 18
tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah
sehingga tamat menengah atas; ATAU
-
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak
dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
Kadar Bantuan Dinaikkan
Kerajaan meluluskan kenaikan kadar bantuan kewangan
lima skim utama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tahun lalu. Skim berkenaan
ialah Bantuan Kanak-Kanak (BKK), Bantuan Penjagaan OKU/Pesakit Kronik Terlantar
(BPT), Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB), Elaun Pekerja OKU (EPOKU) dan
Bantuan Warga Emas (BWE).
Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff, berkata secara keseluruhan,
kenaikan kadar berkenaan memberi manfaat kepada seramai 416,236 penerima
bantuan skim berkenaan.
Menurutnya, kadar BKK dinaikkan daripada RM100 kepada
RM150 bagi seorang kanak-kanak dengan kadar maksimum RM1,000 sebulan satu
keluarga.
Cara Memohon
Untuk yang menepati syarat-syarat kelayakan yang
ditetapkan oleh JKM, permohonan bantuan BKK boleh dikemukakan melalui Pejabat
Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian terdekat.
Bagi memudahkan proses permohonan bantuan, pemohon
dikehendaki membawa dokumen-dokumen berikut ketika ke Pejabat Kebajikan
Masyarakat:
-
Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
-
Salinan Kad Pengenalan suami / isteri /
ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
-
Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli
keluarga yang tinggal bersama;
-
Salinan penyata gaji (jika ada);
-
Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Maklumat lanjut dan teliti berkenaan BKK, sila baca –
DI SINI.
Sumber: semakanbantuan.com