BANGKOK – Seorang lelaki di Kampung Nin Man Thet, Thailand
sengaja melakukan aktiviti memancing di sebuah lubang jalan raya berlubang yang
dipenuhi air sebagai sindiran kepada kegagalan kerajaan tempatan dalam membaiki
infrastruktur di situ, lapor laman berita Thaiger, semalam.
Kampung tersebut dipercayai sudah menanti selama 10 tahun
untuk kerajaan membaiki jalan raya yang mengalami kerosakan teruk namun, tiada
perkembangan positif yang diterima.
Jalan yang dimaksudkan itu menghubungkan daerah Non Sung dan
Chaloem Phrakiat serta merupakan laluan penting yang sangat sibuk.
“Lubang gergasi itu terletak betul-betul di luar sekolah dan
merupakan halangan yang dihadapi oleh pelajar setiap hari dalam perjalanan
pergi dan balik sekolah,” kata lelaki yang memancing itu.
Dia juga sudah beberapa kali menghubungi pihak berkuasa
selama bertahun-tahun untuk bertanya bila jalan itu akan diperbaiki.
Apabila penduduk kampung meminta jalan itu dibaiki, mereka
diberitahu untuk bertenang, bersabar dan tunggu.
Namun selepas 10 tahun menunggu, penduduk berpendapat
bantuan tidak akan datang dalam masa terdekat. – Agensi
Sumber: kosmo