KWSP : Sumbangan Bantuan Sebanyak RM480 Daripada Kerajaan
Malaysia l Ikuti Cara Permohonan. Kerajaan Malaysia sentiasa merangka pelbagai
inisiaitif sebagai cara keprihatinan kerajaan kepada rakyat Malaysia. Dalam
mendepani masalah seperti kos sara hidup, kerajaan sentiasa memperkenalkan
program atau inisiatif bantuan mesra rakyat.
Melalui usaha sama kerajaan bersama KWSP telah mengumumkan
Program Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP bertujuan untuk memastikan
kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada
ahli keluarga dan pembangunan negara.
Melalui Insentif i-Suri KWSP, suri rumah juga boleh
menikmati dividen tahunan, layak untuk bantuan hilang upaya, bantuan kematian,
pengeluaran simpanan dan pelepasan cukai (tertakluk kepada syarat-syarat yang
telah ditetapkan).
Insentif i-Suri ini akan memberi banyak kelebihan kepada
golongan surirumah di mana ia memberi jaminan masa depan kerana diberikan dalam
bentuk skim KWSP.
Apakah Itu Insentif i-Suri KWSP?
Insentif i-Suri merupkan program yang berbentuk usaha sama
yang melibatkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM),
Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) dan
Kementerian Kewangan (MOF).
Dilancarkan pada 8 Ogos 2018 dan mula berkuat kuasa pada 15
Ogos 2018 dan dilaksanakan oleh KWSP. Merupakan skim bantuan bersasar bagi
menggalakkan rakyat mula menabung bagi kegunaan semasa, hari tua atau ketika
menghadapi kesusahan dan ditimpa musibah seperti perceraian, kematian suami,
suami hilang upaya dan lain-lain.
Siapakah Yang Boleh Mencarum i-Suri KWSP?
Mereka yang layak mencarum i-Suri KWSP ialaha Suami kepada
pasangan yang layak dan diri sendiri (isteri)
Apakah Syarat Kelayakan Mencarum i-Suri KWSP?
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan mencarum i-Suri
KWSP:
-
Warganegara Malaysia
-
Belum mencapai umur 60 tahun
-
Golongan suri rumah yang berdaftar dalam
Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih) setakat 30 November 2019
-
Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)
-
Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau
RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
Suri rumah hanya dibenarkan untuk memilih satu (1) insentif
sahaja dalam satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Persaraan
(i-Saraan), jadi anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan
baru bagi skim i-Suri KWSP.
Apakah Faedah i-Suri KWSP?
Berikut merupakan faedah i-Suri KWSP yang akan diterima oleh
pencarum:
1.
Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM 200 pada
tahun 2018, dan RM480 pada setiap tahun yang berikutnya
2.
Caruman boleh dalam apa-apa amaun dan pada
bila-bila masa mengikut kemampuan mereka sendiri dan masih boleh membuat
pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.
3.
Pencarum akan menerima dividen tahunan KWSP
4.
Bantuan Kematian: RM2,500
5.
Bantuan hilang upaya
Bagi rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon inisiatif
kerajaan bersama KWSP, anda boleh ikuti cara-cara di bawah.
Cara Permohonan Pendaftaran i-Suri KWSP
Pendaftaran i-Suri KWSP adalah berdasarkan kumpulan sasar
yang berkelayakan dan tersenarai di dalam senarai eKasih sehingga 30 Jun 2018.
Untuk pengetahuan semua,pendaftaran sebagai ahli KWSP dan permohonan Skim
i-SURI boleh dibuat di mana-mana kaunter KWSP seluruh Malaysia.
Kepada isteri atau suri rumah, anda boleh membuat
pendaftaran i-Suri KWSP. Anda perlulah menyediakan dokumen yang akan diminta.
Dokumen yang diperlukan untuk mendaftar adalah:
-
Kad pengenalan anda
-
Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali
pertama sahaja)
-
Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)
Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh merujuk terus ke:
Telefon : 03 – 8922 6000
Faks :03 – 8922 6222
Masa Operasi: Isnin – Jumaat 8.00 Pagi ke 5.00 Petang
(Kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan AM Persekutuan dan
Hari Kelepasan Selangor)
Skim i-Suri Perkasakan Kehidupan Seorang Suri Rumah
Rakyat Malaysia
Kerajaan Malaysia sentiasa optimis dalam memastikan
keperluan kehidupan rakyat Malaysia. Melalui pengenalan skim i-Suri KWSP ini
akan membantu dan menjamin masa depan para suri rumah di Malaysia.
Sumber: sistemguruonline.com