KWSP : Pengeluaran khas dibenarkan, jom mohon sekarang.
Ketika ini, segelintir rakyat Malaysia khususnya pencarum KWSP masih
mengharapkan agar pengeluaran Khas KWSP 2.0 dapat dilaksanakan.
Baru-baru ini, seorang pengguna Change.org yang bernama
Juniza Binti Sulaiman Jue Sulaiman telah memulakan sebuah petisyen untuk
menyokong Pengeluaran Khas KWSP 2.0 ini.
Petisyen tersebut telah mendapat sambutan rakyat
Malaysia dimana setakat ini “sign” petisyen itu kini mencecah 100 ribu.
Namun, ingin di ingatkan kepada anda, walaupun pihak
Kerajaan tidak meluluskan pengeluaran Khas KWSP 2.0, anda masih boleh lagi
mengeluarkan simpanan anda melalui Akaun 2 untuk tujuan tertentu.
SKIM PENGELUARAN KWSP AKAUN 2
Melalui perkongsian yang dibuat oleh pencarum KWSP,
pihak KWSP ada membuat kenyataan mengenai pengeluaran Khas KWSP 2.0.
Buat masa ini, tiada sambutan / lanjutan untuk
pengeluaran Khas 10k. Akan tetapi, ahli KWSP boleh mengeluarkan simpanan mereka
tertakluk melalui Skim Pengeluaran KWSP.
SENARAI PENGELUARAN SIMPANAN KWSP AKAUN
2
Berikut adalah senarai bagi sebarang pengeluaran
simpanan KWSP melalui Akaun 2 :
1.
Pembayaran Ibadah Haji
2.
Pembayaran Rawatan Perubatan
3.
Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah
4.
Pengeluaran Untuk Pendidikan
Sumber: utamadaily.com