KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
melafazkan sumpah mubahalah di Masjid Kampung Baru di sini pada Ahad malam.
Najib membacakan teks sumpah berkenaan selepas selesai solat
hajat dan doa munajat bersama jemaah masjid menjelang prosiding rayuan akhir
kes beliau di Mahkamah Persekutuan, Selasa ini.
Antara pemimpin UMNO yang dilihat hadir ialah Setiausaha
Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO
Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub. Turut hadir, isterinya Datin Seri Rosmah
Mansor.
@501awani Datuk Seri Najib Tun Razak melafazkan sumpah menafikan dirinya terbabit dalam isu dana SRC. #BeritaDiTikTok #TrendingNewsMalaysia ♬ original sound - 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾
'Aku tidak pernah mengetahui dana itu datang dari syarikat
SRC' - sumpah Najib
Sumber: astroawani