PETALING JAYA – Pelakon Ummi Nazeera memberi peringatan agar
budaya kembali tidak bertudung tidak sepatutnya menjadi kelaziman, khususnya
golongan selebriti yang sudah memilih menyempurnakan tuntutan wajib sebagai
wanita Islam tersebut.
Bagaimanapun, Ummi atau nama sebenarnya, mengharapkan doa
yang baik-baik buat semua orang termasuk dirinya agar kekal istiqamah dengan
imej bertudung.
“Ramai dah buka tudung, maknanya yang lain pun boleh buka
tudung. It’s not normal and it’s not right (itu tak normal dan tak betul).
Jadi, saya minta orang di sekeliling yang sayangkan saya, tolonglah doakan saya
supaya tak buka tudung.
“Saya risau, itulah saya punya pengakhiran. Kita tak tahu
pengakhiran kita macam mana. Sekarang ini saya pakai tudung, saya tak tahu
pengakhiran saya pakai tudung atau tidak.
“Mungkin rakan-rakan artis kita yang sudah buka tudung,
nanti pengakhiran mereka pakai tudung. Kita tak tahu, amin, insya-Allah.
“Cuma, saya doakan supaya mereka jumpa baliklah jalan itu,”
ujar isteri kepada pengamal perubatan, Dr. Mohd. Izzar Anwari Abdul Khani dalam
satu temu bual stesen radio yang dimuat naik dalam TikTok.
Kata pelakon drama rantaian, Risik Pada Hati itu lagi, kalau
belum bersedia, ambillah waktu secukupnya sebelum membuat keputusan untuk
bertudung.
“Apa yang saya nak cakap, ini bukan sesuatu yang patut
dinormalisasikan (buka tudung). Kalau anda belum bersedia, maknanya anda belum
bersedia.
“Saya tak cakap, kalau tak bersedia jangan pakai. Bukan
begitu. If you’re not ready (jika anda belum bersedia), maknanya you’re not
ready (anda belum bersedia). Cuma, kalau dah pakai tu jangan jadikan sesuatu
yang normal nak buka (pula).
“Ramai macam itu sekarang. Dah jadi macam satu penyakit.
Iman turun naik itu normal. Tapi, Allah sangat menyayangi mereka yang masih
ingatkan Dia. Bila kita lupa, kita pusing balik. Kelebihan kita sebagai manusia
sebab kita ada nafsu, itu tanda Allah sayang kita,” ujar Ummi, 32.
Terdahulu, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan
berita penyanyi Elyana kini tidak lagi bertudung selepas pulih daripada
penyakit kanser.
Sumber: KOSMO! ONLINE