Kuala Lumpur: Pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki berkata,
berita pemilik Kelab Komedi Crackhouse disenarai hitam seumur hidup daripada
mendaftarkan perniagaan di mana-mana premis di ibu negara itu adalah sesuatu di
luar bidang kuasanya.
Menurut Afdlin, jika sekiranya mereka terbukti bersalah,
mereka perlu menanggung akibatnya.
"Apa yang mereka (Crackhouse) buat, mereka kena
tanggung.
"Cuma, saya nak tanya, adakah di mahkamah, mereka sudah
dijatuhi hukuman? Kalau mereka cakap, ia kerana tak ada lesen, tutuplah kerana
tak ada lesen.
"Cuma, siapa sebenarnya pemantau nilai murni (morality
police)?," katanya.
Tambah Afdlin, apa yang berlaku turut membabitkan putar
belit sesetengah pihak yang mempunyai agenda masing-masing.
"Pada saya, apa yang salah, tetap salah. Kita harus
jatuhkan hukuman kepada orang itu.
"Benda ini adalah hasil putar belit orang yang nak
menggunakan isu ini sebagai isu politik.
"Sebab apa? Sebab harga barang tengah naik. Jadi, 'Mari
kita tutupkan dengan benda ini', 'Mari kita hentam Afdlin'," katanya.
Terbaharu, Afdlin kini bakal muncul dalam drama bersiri
sains fiksyen berjudul AI.5YA yang turut membariskan barisan pelakon antaranya,
Mia Sara Shauki, Zizan Razak, Faradhiya, Ako Mustapha, Elly Arifin dan ramai
lagi.
Selain sebagai pelakon, Afdlin juga bertindak sebagai
pengarah dan penulis skrip untuk drama bersiri yang akan ditayangkan di
platform Viu bermula esok itu.
Sumber: Harian Metro